Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

46) PEMBANGUNAN DI KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyakkah projek pembangunan pada kecerunan kelas III yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor terdahulu di kawasan Hulu Kelang yang sedang dan dalam perancangan pelaksanaannya?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan Selangor sekarang bercadang untuk menyemak semula semua kelulusan yang telah diberi terdahulu bagi projek-projek yang masih belum memulakan kerja-kerja pembinaan seperti projek pembangunan di Bukit Taman Melawati?

    Klik jawapan »

  3. Apakah implikasi dari segi kewangan dan perundangan yang perlu ditanggung kepada kerajaan Selangor sekarang sekiranya kelulusan projek terdahulu ditarik balik?

47) PRJOJEK KEBUN KERANG

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembanganterkini projek kebun kerang?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan nama-nama peserta dan pemilik kebun kerang di seluruh negeri Selangor termasuk keluasan yang mereka perolehi dan adakah mereka ini nelayan?

    Klik jawapan »

  3. Sila kemukakan alasan utama kenapa ramai nelayan persisiran pantai dan nelayan pengutip kerang semula jadi dinafikan hak untuk mengambil bahagian dalam projek tersebut

    Klik jawapan »

48) PENGANGGURAN BELlA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kadar pengangguran belia di negeri Selangor dari tahun 2000 hingga 2008?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-Iangkah kerajaan negeri bagi mengatasi masalah ini dalam jangkamasa pendek dan jangka masa panjang

    Klik jawapan »

49) PROJEK PERUMAHAN YANG TERBENGKALAI (ABANDONED PROJECT)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan berapa projek yang terbengkalai? i. berapa unit ii. berapa unit adalah kos rendah, sederhana dan mahal iii. jumlah berapa ringgit kosnya iv. Lokasi

    Klik jawapan »

  2. Apakah sebabnya dan pakah langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan negeri lama untuk mengatasi keadaan ini dan betapa kesannya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-Iangkah lain yang patut diambil supaya keadaan ini boleh bertambah baik?

    Klik jawapan »

50) BANJIR KILAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Penghuni di DUN Sri Muda terus dibelenggu masalah banjir dan banjir kilat. Dalam minggu ke 2 bulan Mac 2008 DUN Sri Muda telah dilanda banjir sebanyak 3 kali: Adakah Kerajaan Negeri terdahulu telah mengenal pasti punca banjir ini dan jika ia telah diketahui puncanya kenapakah tiada tindakan diambil dalam mengatasi masalah ini dan di manakah kawasan-kawasanyang paling kerap di landa banjir di negeri Selangor serta berapakah nilai kerosakkan dalam jangka masa itu?

    Klik jawapan »

  2. Setakat ini berapakah kos perbelanjaan penyelenggaraan dan pemulihan saliran sungai yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu bagi tempoh 5 tahun yang ke belakang?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah perancangan kerajaan negeri sekarang dalam memastikan pelaksanaan penyelenggaraan sistem parit dan saliran sentiasa dilaksanakan dengan cekap dan apakah perancangan kerajaan negeri dalam menangani masalah ini untukjangka masa pendek dan jangka masa panjang?

    Klik jawapan »

51) HUTAN DAN HIDUPAN LIAR KHAZANAH SEMULA JADI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-Iangkah yang telah diambil Kerajaan Selangor dalam pemuliharaan ekosistem hutan dan hidupan liar dalam tempoh masa 2000-2007?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang digunakan dalam usaha pemuliharaan tersebut dan apakah kekesanannya?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan yang dibelanjakan dalam usaha mempromosikan ekopelancongan dalam tahun 2000-2007?

    Klik jawapan »

52) RUMAH TERBIAR DI BUKIT SENTOSA DAN BUKIT BERUNTUNG

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan kerajaan Negeri terhadap rumah tanpa penghuni dan usang tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kerugian cukai yang tidak dapat dipungut oleh pihak PBT?

    Klik jawapan »

  3. Data bilangan rumah usang dan terbiar di kedua-dua bandar ini?

    Klik jawapan »

53) HAKMILIK TANAH KAMPUNG-KAMPUNG BARU CINA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan Negeri Selangor akan melanjutkan tempoh kelulusan tanah kampung-kampung baru Cina daripada pajakan (Leasehold) kepada hak milik bebas (freehold)

    Klik jawapan »

54) KEKERAPAN PERSIDANGAN DEWAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Soalan ini saya ingin tujukan kepada Tuan Speaker tentang kekerapan mengadakan sidang dewan yang saya lihat amat penting untuk memberi laluan kepada semua Ahli Dewan untuk membahaskan perkara-perkara berbangkit setempat. Adakah Y.A.B. Dato' Menteri Besar akan melanjutkan tempoh perbahasan dan tempoh persidangan dewan seperti yang dijanjikan? Bolehkah saya mencadangkan bahawa mengadakan sidang Dewan bulanan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah persidangan ini akan diberi siaran langsungseperti yang dijanjikan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah persidangan ini akan diberi ruangan yang lebih luas kepada pemberita untuk meliputi?

    Klik jawapan »

55) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan berapa banyakkah projek-projek yang terbengkalai serta bahagikan mengikut kos rendah, sederhana dan mulai menurut majlis Perbandaran.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan yang lama dalam menangani masalah tersebut dan apakah kesannya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-Iangkah yang patut dicuba atau diambil supaya keadaan bertambah baik

    Klik jawapan »