Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
41) ISU PEMBINAAN HOSTEL DI KAWASAN RUMAH KEDIAMAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Kegiatan mengubahsuai kediaman untuk dijadikan hostel di kawasan perumahan semakin kerap terjadi. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memantau isu ini dan apakah tindakan efektif yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap pemilik rumah bagi membanteras isu ini?
42) TAPAK PEMBUANGAN HARAM DAN SISA KIMIA HARAM
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah tapak pembuangan haram dan sejauh manakah usaha Kerajaan untuk mengatasi masalah tapak pembuangan haram termasuk tapak pembuangan sisa kimia haram di seluruh negeri?
43) SEKOLAH KURANG MURID RAMAI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap keperluan sekolah di Bandar Puncak Alam yang tidak mencukupi?
44) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional Kerajaan menghapuskan Skim SMUE?
-
Berapa ramai peserta yang telah mendaftar dalam Skim SMUE dan berapa ramai yang telah mendapat manfaat sejak ia diperkenalkan?
-
Berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan yang telah dikeluarkan sejak SMUE mula diperkenalkan?
45) PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI INDIA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk program pemberdayaan dan pembangunan komuniti kaum India dalam usaha menaiktaraf hidup mereka dan mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan?
46) PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri masih berhasrat bagi menggubal Enakmen Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya
-
Nyatakan kerjasama yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
47) PROGRAM INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Selepas PRU ke 14, berapakah program IPR baru yang diperkenalkan?
-
Berapakah tambahan bajet untuk program IPR dibandingkan dengan bajet sebelum PRU 14?
-
Berapakah jumlah penggunaan wang yang telah dibelanjakan dalam programprogram IPR dari tahun 2017 - 2019?
48) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini penambahbaikan infrastruktur digital WIFI Selangorku?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah membentuk jawatankuasa infrastruktur digital dengan syarikat-syarikat telekomunikasi, seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Star yanng bertajuk "Improving SelangorÕs Digital Infrastructure" pada 20 Mac 2019?
49) ISU PENCERAMAH-PENCERAMAH BEBAS DI MASJID
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Sub-soalan telah di tolak
-
Adakah pemantauan dijalankan bagi memastikan pengurusan masjid tidak di politikkan?
50) CAJ PARKIR KENDERAAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Bolehkah Kerajaan Negeri membatalkan caj parkir kenderaan yang baru diumumkan oleh MDKS?