Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
53) MASALAH BAU BUSUK DI TAMAN SRI MANJA, PJS 3, PETALING JAYA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam jangka masa pendek, pertengahan dan panjang untuk menangani masalah pencemaran gas hidrogen sulfida dan methane yang keluar daripada tasik lombong di Taman Sri Manja yang kini berada di tahap berbahaya dan mengakibatkan masalah-masalah kesihatan dan keselamatan?
-
Siapakah akan menanggung kos bagi rawatan dan pemulihan untuk kawasan-kawasan yang terjejas?
-
Adakah penempatan semula penduduk-penduduk akan dipertimbangkan sekiranya situasi menjadi lebih teruk terutamanya apabila sulfur dioksida mengakibatkan masalah kesihatan dan gas methane mungkin akan mengakibatkan pembakaran dan atau letupan pembakaran?
54) PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN HERBA DARI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan dan mempromosikan industri herba negeri Selangor di luar Negara
-
Berapakah jumlah perdagangan yang dikenal pasti di dalam industri herba ke luar negara di negeri Selangor bagi 3 tahun yang lepas.
-
Bagaimanakah kerajaan akan membantu pengeluar-pengeluar produk herba tempatan untuk mencari peluang-peluang perdagangan di luar Negara.
55) MESYUARAT UNTUK PELANTIKAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA MASJID DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Jabatan Agama Islam Selangor telah memperkenalkan sistem ÔpilihanÕ bagi jawatan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid bagi sesi 2009-2012 untuk semua masjid di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun sebagai pra-syarat pemilihan, ahliahli Kariah sesebuah masjid wajib mengisi ÕBorang Kehadiran Anak Kariah' untuk membolehkan mereka hadir ke Mesyuarat berkenaan. Ini telah menimbulkan kesulitan dan kemarahan di kalangan ahli-ahli Kariah setempat, terutama sekali kariah kawasan luar bandar. Mengapakah prosedur mengisi Borang ini diperkenalkan walaupun ia bercanggah dengan SEKSYEN 2 TAFSIRAN (1), ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 yang memperuntukkan bahawa ÒÉ.Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lainÑÒahli kariahÓ ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kariah masjidÉÓ,
-
Mengapakah ahli Kariah yang mengetahui mengenai Mesyuarat berkenaan tetapi tidak sempat mengisi Borang telah dihalang daripada menghadiri Mesyuarat berkenaan dan mengapakah sebaliknya, mereka yang tinggal jauh dan bukan ahli Kariah sesuatu masjid tetapi telah mengisi Borang tersebut walaupun bercanggah dengan maksud Òahli kariahÓ seperti yang diperuntukkan oleh SEKSYEN 2 TAFSIRAN (1) ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 tersebut dibenarkan menghadiri Mesyuarat berkenaan
-
Mengapakah Pihak Berkuasa Negeri memperkenalkan peraturan tersebut yang bercanggahan dengan ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 dan titah perintah dan kehendak Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan serta menggunakan Masjid sebagai tempat berpolitik.
56) PENINGKATAN KES JENAYAH
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan bilangan kes-kes jenayah dan jenisnya yang terdapat di Selangor mengikut daerah?
-
Apakah telah dibuat satu kajian khas tentang peningkatan kes-kes jenayah ini dan apakah sebenarnya punca-punca peningkatan tersebut?
-
Apakah program-program yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi menangani belia-belia yang terlibat dengan jenayah dan gejala sosial?
57) KELAS PENGAJIAN AL QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA)
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah sekolah-sekolah KAFA yang berada di Negeri Selangor sehingga tahun 2008 mengikut susunan daerah.
-
Sila senaraikan jumlah bilangan guru-guru KAFA sepenuh masa dan separuh masa di seluruh Negeri Selangor sehingga tahun 2008
-
Sila senaraikan jumlah elaun guru-guru KAFA Negeri Selangor secara bandingan dengan Negeri-Negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan
58) PERUMAHAN PEKERJA ASING
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Masalah tempat tinggal pekerja asing, telah menjadi satu masalah lama yang masih berterusan. Kebanyakan tuan punya kilang yang mengambil pekerja ini menempatkan mereka di mana-mana sahaja tanpa mematuhi apa jua garis panduan. Akibatnya ramai pekerja asing ditempatkan di rumah sewa di sesebuah taman perumahan atau di sesebuah rumah pangsa kos rendah. Keadaan sedemikian menimbulkan pelbagai masalah sosial dan pertelingkahan di antara pekerja asing dan penduduk tempatan. Pekerja asing ini juga hidup dalam keadaan yang tidak selesa kerana majikan memuatkan ramai pekerja dalam satu rumah sewa demi menjimatkan kos. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mendesak para majikan pekerja asing ini, agar mereka ditempatkan di tempat yang khusus, selesa dan tidak mewujudkan masalah kepada penduduk setempat.
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk membentuk suatu garis panduan, yang boleh diikuti oleh semua tuan punya kilang supaya majikan hanya dibenarkan mendirikan kilang,memulakan pembuatan jika dia menyediakan satu perumahan atau asrama yang sesuai dan selesa untuk para pekerja asing nya
59) PROJEK DI SUBANG JAYA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan projek yang diperuntukkan oleh bajet tahun ini bagi tujuan menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam di Subang Jaya
-
Berikan butir-butir projek yang terlibat.
60) KEGAWATAN EKONOMI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah terjejasnya sektor perindustrian di Selangor?
-
Berapakah jumlah kilang-kilang yang terpaksa ditutup?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil bagi meringankan beban yang dialami pekerja?
61) STATUS BILLBOARD DI SEPANJANG LEBUHRAYA MRR II
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Setakat manakah kuasa PBT terhadap kawasan yang didirikan billboard di sepanjang Lebuh raya MRR II dan jika ianya benar di bawah kuasa PBT, adakah Kerajaan bercadang mewujudkan satu Task Force bertujuan untuk pemutihan billboard tersebut dan memohon TOL bagi mengambil alih aktiviti billboard berkenaan.
62) RIZAB PBT
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan rizab semua kerajaan tempatan di Selangor daripada tahun 2004 hingga 2008.
-
Terangkan sebab-sebab kemerosotan rizab sepanjang empat tahun ini jika ada