Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
130) NURSERI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Nurseri adalah antara tempat awal dan penting untuk mendidik generasi masa hadapan. Berapakah jumlah nurseri di Negeri Selangor mengikut daerah dan apakah mekanisme untuk mengawal kewujudannya?
-
Sebagai kerajaan yang prihatin, adakah kerajaan memberi apa-apa bentuk bantuan kepada nurseri-nurseri tersebut?
131) KEPADATAN PENDUDUK BANDAR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan berapakah peratus kepadatan penduduk di bandar pada ketika ini jika dibandingkan dengan 20 tahun yang lalu?
-
Sila nyatakan berapa peratuskah unjuran kepadatan penduduk di bandar pada 10 tahun akan datang mengikut pecahan kaum?
-
Sila nyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan rakyat Negeri Selangor khususnya yang tinggal di luar bandar gemar berhijrah ke bandar?
132) RUMAH-RUMAH IBADAT
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kesemua rumah-rumah ibadat dan apakah nama-nama mereka mengikut komposisi agama di Negeri Selangor ini?
-
Berapakah jumlah rumah-rumah ibadat tersebut yang mempunyai hak milik tanah kekal dan juga yang tidak mempunyai hak milik berdaftar?
-
Berapakah jumlah bantuan kewangan yang telah diberikan kepada rumah-rumah ibadat ini mengikut komposisi agama?
133) MENAIKTARAF PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Rakyat mengalu-alukan cadangan pihak kerajaan, mengadakan peruntukan bagi memperbaiki lif-lif di pangsapuri-pangsapuri kos rendah. Bilakah cadangan tersebut dapat dilaksanakan?
-
Adakah kerja-kerja menceriakan pangsapuri seperti membersih serta mengecat akan termasuk dalam usaha kerajaan memperbaiki keadaan pangsapuri kos rendah yang ada?
134) PERLUKAN DEWAN KONVENSYEN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Semasa YAB Menteri Besar Selangor melancarkan `Bangi Bandar Ilmu` pada 22 Jun 2008 Dato` Menteri Besar bersetuju akan perlunya wujud Dewan Konvensyen serba guna di Bandar Baru Bangi. Sejauh manakah Dewan Konvensyen ini diberi perhatian dan diambil tindakan?
-
Setujukah sebuah tapak sesuai di tepi Tasik Cempaka diperuntukkan?
-
Adakah pihak PKNS bersetuju mendirikan Dewan Konvensyen ini?
135) SOKONGAN ADUN PR Ð PROJEK PBT
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Surat sokongan secara wajib oleh ADUN PR semasa permohonan projek PBT atau projek Kerajaan Negeri. Adakah keadaan birokrasi ini akan menyebabkan salah guna kuasa di kalangan ADUN PR?
-
Adakah sokongan oleh ADUN PR lebih penting daripada prestasi kontraktor tersebut?
136) PERUMAHAN (MASALAH PERUMAHAN TERBENGKALAI)
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Kebelakangan ini terdapat terlalu banyak projek perumahan yang terbengkalai di dalam Negeri Selangor. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap pemaju-pemaju perumahan yang terlibat supaya hak dan kepentingan pembeli-pembeli rumah projek terbengkalai ini terpelihara
-
Apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri untuk membantu pembelipembeli rumah di projek terbengkalai di Negeri Selangor ini.
-
Berapakah jumlah bilangan projek-projek terbengkalai yang dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor sehingga kini.
137) PENDIDIKAN TINGGI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kedudukan akademik UNISEL berbanding universiti terbaik di peringkat Malaysia, serantau dan dunia?
-
Apakah perancangan dan hala tuju Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) untuk masa hadapan?
138) SUMBER AIR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah perjanjian antara Kerajaan Selangor dengan Kerajaan Persekutuan dalam Projek Pengangkutan Air Mentah dari Negeri Pahang?
-
Adakah Kerajaan Selangor mengenakan cas ke atas laluan pengangkutan air Projek tersebut dan mengenakan pampasan akibat daripada penebangan pokok-pokok di hutan simpanan dan gangguan terhadap habitat hidupan liar?
-
Adakah proses kajian impak alam sekitar, sosio-ekonomi, sosio-budaya disediakan dalam projek tersebut dan apakah mekanisme pemantauan pelaksanaannya
139) ZAKAT
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Zakat telah dikutip dan diagihkan kepada mereka yang miskin. Kami mendapat beberapa aduan bahawa ada yang layak tidak dapat bantuan dan ada yang masih memerlukannya tidak disambungkan bantuan tersebut. Bertanya kepada Y.A.B Dato' Menteri Besar : a) Senaraikan jumlah dan jenis bantuan zakat yang diagihkan kepada mereka yang memerlukannya
-
Apakah kelulusan pegawai-pegawai zakat yang dihantar untuk menyiasat dan memastikan kelayakan seseorang itu?
-
Apakah tindakan pegawai-pegawai zakat apabila menerima rayuan untuk mengkaji semula keputusan pemberhentian bantuan?