Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
51) SUMBANGAN CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) OLEH SETIAP BADAN BERKANUN DAN ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila berikan butiran jumlah sumbangan Corporate Social Responsibility (CSR) dan penerima-penerima untuk setiap badan berkanun dan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor
52) FUNGSI SETIAP BADAN BERKANUN DAN ANAK-ANAK SYARIKAT BAWAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan nama untuk setiap badan-badan berkanun dan anak-anak syarikat bawah Negeri Selangor serta fungsi dan peranan yang dibawa oleh mereka.
-
Sila senaraikan jumlah aset badan-badan berkanun negeri pada tahun 2018- 2019.
53) PEKERJAAN YANG DICEBURI OLEH WARGA SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jenis-jenis pekerjaan yang diceburi golongan belia di Negeri Selangor.
-
Sekiranya mempunyai kajian, apakah jenis latihan kemahiran yang paling diperlukan oleh golongan anak muda di Selangor?
54) LANGKAH KERAJAAN NEGERI TERHADAP PEMBANGUNAN YANG BERPOTENSI MENYEBABKAN KESESAKAN LALU LINTAS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan terhadap permohonan-permohonan projek pemaju yang berkemungkinan besar menyebabkan kesesakan lalu lintas? Adakah kajian seperti Traffic Impact Assessment (TIA) penting dalam menentukan kelulusan sebuah projek mega?
-
Apakah kajian-kajian lain (selain TIA) yang wajib dilaksanakan untuk memastikan projek pembangunan tidak akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius?
55) PROJEK TERBENGKALAI DI HULU SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek terbengkalai yang masih belum mempunyai kontraktor ataupun pemaju penyelamat di Daerah Hulu Selangor.
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah Projek Pembesaran Kampung Jawa (Taman Desa Beringin) yang terbengkalai sejak 2001?
56) PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai status terkini Panel Penasihat Klinik Kesihatan di Selangor memandangkan ramai calon belum mendapat surat pelantikan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
57) PROJEK PELEBARAN JAMBATAN SUNGAI BATANG KALI FT001/438/10
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai Projek Pelebaran Jambatan Sungai Batang Kali FT001/438/10? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oeh JKR Hulu Selangor di lokasi tapak kerja-kerja pelebaran jambatan tersebut dilaksanakan.
58) CUKAI TAKSIRAN PBT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kali terakhir kenaikan cukai taksiran di setiap PBT di Selangor
-
Nyatakan kaedah yang digunakan untuk menentukan Anggaran Sewa Kasar Sebulan dan seterusnya membentuk nilai tahunan di setiap PBT
-
Nyatakan fungsi-fungsi nilai tahunan yang ditentukan oleh PBT selain daripada untuk pengiraan cukai taksiran.
59) ENAKMEN MENGAWAL LEMBU-KERBAU 1971
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Seksyen-seksyen di bawah Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 yang digubal pada tahun 1971 pernah buat pindaan? Jika ya, nyatakan butirbutirnya.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang membuat pindaan untuk membolehkan Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 lebih berkesan menangani isu lembu berkeliaran di jalan raya atau taman perumahan? Jika ya, nyatakan butirbutirnya
60) PUSAT TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan syarikat-syarikat yang menerbitkan buku-buku modul Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk tahun 2019.
-
Apakah nilai kontrak penerbitan buku yang telah dipersetujui?
-
Bilakah request for proposal (RFP) untuk penerbitan buku modul tahun 2020 akan dibuka?