10) PELABURAN DI SETIAP DAERAH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pelaburan di setiap daerah sejak tahun 2014 hingga kini.
-
Apakah insentif atau ganjaran diberikan kepada pelabur tempatan dan asing?
-
Nyatakan senarai nama syarikat pelabur asing di daerah Kuala Langat
10) PEMBERIMILIKAN TANAH BAGAN NAKHODA OMAR (BNO)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah status terkini proses permohonan tersebut?
-
Sila nyatakan apakah kekangan utama yang menyebabkan proses kelulusan begitu lama?
-
Sila nyatakan berapakah jangka waktu yang masih diperlukan untuk meluluskan permohonan tersebut?
10) TEMPAT IBADAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan statistik kuil, tokong dan masjid yang berdaftar dalam Negeri Selangor mengikut PBT
-
Apakah piawaian yang digunakan bagi meluluskan permohonan tempat ibadat dalam sesuatu kawasan perumahan?
-
Apakah langkah-Iangkah yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan bahawa isu keagamaan (termasuk tempat ibadat) dapat dikendalikan dengan sebaiknya?
10) SUKAN BOWLING
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor ada rancangan untuk mempertingkatkan sukan bowling?
-
Jika ya, apakah pelan perancangannya dan peruntukan yang diberikan?
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk memberikan anugerah atau bantuan khas kepada Emma Firyana yang memenangi "World Bowl Championship 2015" di Australia?
10) NAIK TARAF JALAN B27
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Bilakah projek naik taraf missing link Jalan B27 akan bermula untuk menyelesaikan isu banjir dan trafik Jalan Batu Arang?
-
Berapakah kos yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk projek tersebut?
10) TAPAK MASJID DAN SURAU YANG TELAH DI GAZETKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah tapak yang telah di gazetkan di daerah Klang dan di Selangor?
10) KEMPEN TANPA BEG PLASTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Setakat mana pencapaian kerajaan dalam mempopularkan kempen tanpa beg plastik dengan hari tanpa beg plastik setiap Sabtu di Selangor?
-
Siapakah pasaraya-pasaraya yang terlibat?
-
Apakah maklum balas kerajaan terhadap kritikan bahawa caj 20 sen untuk setiap beg plastik yang diberi setiap hari Sabtu adalah terlalu mahal dan membebankan pengguna?
10) KOMPLEKS BELIA DAN KEBUDAYAAN SELANGOR (KBKS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini KBKS?
-
Nyatakan jumlah perolehan pendapatan KBKS kepada kerajaan negeri?
-
Senaraikan penyewa terkini KBKS dan tempoh kontrak?
10) KEJAYAAN ATLET SUKAN SEA 2017 NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan kesemua atlet Sukan Sea yang memenangi pingat dan berasal dari Selangor
-
Sila nyatakan apakah insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada pemenang- pemenang pingat?
-
Apakah perancangan jangka panjang bagi melahirkan lebih ramai atlet cemerlang dari Negeri Selangor?
10) PEMBANGUNAN PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan usaha Kerajaan Negeri bagi membantu para pembeli rumah di Negeri Selangor yang berdepan dengan masalah pemilikan rumah akibat dari kelewatan oleh pihak pemaju?
