10) KEMPEN TANPA BEG PLASTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Setakat mana pencapaian kerajaan dalam mempopularkan kempen tanpa beg plastik dengan hari tanpa beg plastik setiap Sabtu di Selangor?
-
Siapakah pasaraya-pasaraya yang terlibat?
-
Apakah maklum balas kerajaan terhadap kritikan bahawa caj 20 sen untuk setiap beg plastik yang diberi setiap hari Sabtu adalah terlalu mahal dan membebankan pengguna?
10) KOMPLEKS BELIA DAN KEBUDAYAAN SELANGOR (KBKS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini KBKS?
-
Nyatakan jumlah perolehan pendapatan KBKS kepada kerajaan negeri?
-
Senaraikan penyewa terkini KBKS dan tempoh kontrak?
10) INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM BANDAR PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Adakah infrastruktur (paip air, bekalan elektrik, saliran, pembetungan, jalan raya, ruang tanah) di bandar Petaling Jaya mencukupi untuk menampung pembangunan baru dan pembangunan pesat?
-
Adakah pihak kerajaan negeri akan menaikkan taraf infrastruktur dan kemudahan awam di bandar Petaling Jaya?
-
Bagaimanakah pihak kerajaan negeri akan melakukan penaikan taraf infrastruktur dan kemudahan awam di bandar Petaling Jaya dan berapa banyak (RM), secara terperinci, yang telah diperuntukkan untuk kerja-kerja naik taraf bagi tahun 2009, 2010 dan 2011?
10) USAHAWAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah program terkini untuk melibatkan golongan belia menjadi usahawan?
-
Selain daripada modal, adakah terdapat program latihan membentuk usahawan muda yang berjaya?
-
Apakah sasaran kerajaan untuk mewujudkan usahawan belia yang berjaya tahun 2015?
10) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Kawasan Bukit Jugra dan Kampung Bandar terdapat banyak produk pelancongan. Seperti Muzium Insitu Jugra,rumah api Jugra,Istana Lama Alaedin dan tapak sukan para gliding di Bukit Jugra.
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan produk-produk pelancongan tersebut?
10) PASAR BARU MBSA KAMPUNG BARU SUBANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Kenapa belum dibuka untuk penjaja lagi?
-
Bilakah ianya akan siap sepenuhnya dan penjaja dipindahkan?
10) Rumah Pangsapuri Kos Rendah Negeri Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam menyelesaikan masalah berkaitan pangsapuri- pangsapuri yang uzur dan usang di Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menggantikan pangsapuri-pangsapuri uzur kepada projek rumah Selangorku?
10) HOSPITAL TANJONG KARANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Mohon jelaskan status terkini pembinaan Hospital Tanjong Karang.
10) PERUNDANGAN SYARIAT ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah di jalankan oleh pihak JAIS atau MAIS untuk menjelaskan tasawur perundangan Islam yang sebenarnya kepada non-muslims di Negeri Selangor supaya Islam phobia yang mereka hadapi dapat dihakiskan dari pemikiran mereka ?
-
Setakat ini adakah pernah pihak JAIS atau MAIS mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menjalankan hukuman syariah ke atas penganut-penganut Islam sahaja di Negeri Selangor dan kalau pernah, apakah halangan-halangan yang dihadapi untuk melaksanakan nya ?
10) PRESTASI KUTIPAN CUKAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan prestasi kutipan cukai semua 12 pihak berkuasa tempatan bagi 2007-2010
-
Apakah kaedah yang digunakan bagi mengutip cukai yang tertinggi?
