11) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah rizab terkumpul Negeri Selangor sehingga 30 September 2015 ?
-
Berapakah rizab Negeri Selangor terkumpul berakhir 30 Disember tiap-tiap tahun dari tahun 2008 hingga 2014 ?
-
Apakah faktor penyumbang kenaikan rizab ini ?
11) PEMBANGUNAN INDUSTRI PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah program yang diadakan untuk memupuk aktiviti industri pertanian di Selangor?
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk membawa teknologi baru ke industri pertanian supaya hasil pertanian dapat dijamin?
11) MASALAH BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Tiap kali hujan seluruh kawasan Ijok akan menghadapi bencana banjir kilat. Apakah rancangan panjang dan menyeluruh dari Negeri Selangor dan JPS untuk mengatasi masalah banjir kilat yang kerap kali berlaku di DUN Ijok?
11) PROGRAM MIKROKREDIT BANDAR (MIMBAR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan pinjaman yang telah diluluskan sehingga sekarang dan beri pecahan permohonan yang diterima mengikut etnik dan daerah?
-
Nyatakan kos pentadbiran yang terlibat dalam program ini
-
Berapa banyak peratusan pembayaran balik?
11) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Berapakah unit Rumah Mampu Milik yang akan dibina oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2015?
-
Di manakah lokasi yang telah dikenal pasti untuk pembinaan Rumah Mampu Milik ini?
-
Berapakah anggaran harga yang akan ditawarkan kepada pembeli?
11) JAWATANKUASA KHAS TEBATAN BANJIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan masalah-masalah yang telah diselesaikan oleh jawatankuasa ini pada tahun 2015?
-
Apakah perancangan jangka masa panjang dalam menyelesaikan masalah banjir di Selangor?
11) MITS BAGAN TERAP SABAK BERNAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan untuk memanfaatkan bangunan tinggal yang masih kosong?
-
Apakah perancangan kerajaan bagi pembangunan tanah MITS yang luas dan masih kosong?
11) JALAN PERSEKUTUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kod nombor dan panjang jalan kesemua jalan Persekutuan di Selangor di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya serta perbelanjaan yang terlibat untuk menyelenggara jalan-jalan ini sejak tahun 2013 sehingga sekarang.
11) KEMISKINAN BANDAR WARGA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan kemiskinan warga kota?
-
Adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk mengkaji kadar kemiskinan warga kota selaras dengan kajian UNICEF iaitu "Children without: A study of urban child poverty and deprivation in low-cost flats in Kuala Lumpur"?
11) TAPAK PELUPUSAN SAMPAH DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua tapak pelupusan sampah di Selangor dan bekalkan maklumat berikut: PBT yang menggunakannya, keluasan, kapasiti, kapasiti yang telah digunakan, kadar pembuangan sampah (harian/bulanan), tipping fees, dan lain-lain.
