Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

104) PERUNTUKAN KAWASAN DEWAN NEGERI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Bagaimana caranya penggunaan peruntukan RM500,000.00 untuk setiap kawasan Dewan Negeri ?

    Klik jawapan »

105) GELANGGANG PERMAINAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk membina gelanggang permainan seperti futsal, sepak takraw dan lain-lain?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan semua jenis gelanggang yang dibina baru di seluruh negeri Selangor mengikut DUN?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan senarai semua jenis gelanggang baru dan lokasi ianya dibina bagi kawasan DUN Dusun Tua dari tahun 2009 hingga sekarang?

    Klik jawapan »

106) PINJAMAN PENDIDIKAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Sila jelaskan kriteria serta proses pinjaman pendidikan pelajar bagi IPT milik Kerajaan Negeri.

    Klik jawapan »

107) TANAH-TANAH RIZAB PERKUBURAN CINA DAN INDIA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan tanah-tanah yang telah digazetkan sebagai tanah-tanah perkuburan Cina atau tanah perkuburan India mengikut pecahan PBT bagi tahun 2006-2010.

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk memodenkan tapak pembakaran mayat yang sedia ada serta cara pemodenan yang akan dilaksanakan dan senaraikan tapak yang telah dikenal pasti untuk mengikut PBT sekiranya ada.

    Klik jawapan »

108) INDUSTRI AIR DI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terkini tentang rundingan pengambil-alihan industri dan aset air di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Kerajaan Persekutuan sedang membina paip air untuk menyalur air dari Pahang ke Selangor dan menuduh Kerajaan Selangor sengaja melengahkan projek ini. Apakah penjelasan kerajaan Selangor?

    Klik jawapan »

109) ISU PASAR BESAR JALAN MERU

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Pasar Besar Klang mempunyai 3 persatuan mewakili penjaja yang mencorakkan perniagaan di situ, Bagaimanakah pihak MPK menangani aduan persatuan ini dan apakah bentuk siasatan dan tindakan yang telah diambil?

    Klik jawapan »

110) NEGERI BERKEBAJIKAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. ÒNegeri BerkebajikanÓ adalah konsep penting dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Adakah kerajaan negeri melalui kajian tentang tahap keberkesanan dan penerimaan rakyat terhadap konsep ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah impak nyata dan manfaat yang dinikmati oleh rakyat hasil penerapan konsep ini?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah keseluruhan peruntukan negeri untuk menjayakan konsep dan program ÒNegeri BerkebajikanÓ ini bagi tahun 2009 dan 2010?

    Klik jawapan »

111) KECURIAN PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Siapakah yang bertanggungjawab untuk mengawal dan menguatkuasakan aktiviti perlombongan pasir dan adakah pihak-pihak tersebut berkemampuan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah yang betul jika rakyat mahu melaporkan sebarang aduan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah benar kegiatan pencurian pasir atau perlombongan haram ini didalangi oleh kumpulan kongsi gelap?

    Klik jawapan »

112) BANDAR DIRAJA KLANG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan negeri menyediakan bajet tertentu untuk memastikan penyelenggaraan dan pembangunan infrastruktur Bandar ini menepati statusnya sebagai Bandar Diraja?

    Klik jawapan »

  2. Apakah status terkini projek pembersihan Sg. Klang dan apakah status cadangan projek jambatan baru di Bandar Klang?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perkembangan terkini polemik perpindahan stesen bas dan teksi yang baru?

    Klik jawapan »

113) MASALAH JALANRAYA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan secara terperinci tindakan yang telah diambil bagi menyelesaikan masalah jalan mendap di Jalan Kampung Johan Setia ? Bilakah akan dibaiki dan berapakah kos pembaikannya ?

  2. Kenapakah pemaju tidak dipertanggungjawabkan membaikinya kerana jalan itu mendap semasa sedang dan selepas dibina beberapa bulan. Apakah rasionalnya ?