Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

114) RANCANGAN PEMBANGUNAN SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Penafian pembangunan Selangor dalam RMK10 mencabul hak rakyat Selangor terhadap pembangunan. Apakah usaha dan tindakan kerajaan Selangor dalam menangani sikap tidak profesional kerajaan pusat?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana serius kerajaan negeri mencari jalan menyalurkan kutipan cukai daripada warga Selangor untuk pembangunan dalam negeri, berikutan sikap kerajaan pusat ini?

    Klik jawapan »

115) HASIL ROYALTI TANAH MERAH DAN BAHAN BATUAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila huraikan dengan terperinci kutipan hasil royalti tanah merah dan batu- batuan di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan apakah kriteria-kriteria yang dikenakan apabila mengemukakan sesuatu permohonan bagi kelulusan mengeluarkan tanah merah dan batu Ðbatuan ?

    Klik jawapan »

  3. Sila huraikan bagaimanakah status pemantauan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti-aktiviti mencuri tanah merah dan bahan batuan di Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

116) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyakkah projek yang telah di siapkan dan berapa banyakkah belanja digunakan untuk projek tersebut

    Klik jawapan »

  2. Mengikut pecahan berapa banyakkah rumah kos rendah, rumah kedai, rumah kediaman harga tinggi yang disiapkan sedia untuk didiami

    Klik jawapan »

117) NIKAH SINDIKET

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Terdapat di kalangan masyarakat khususnya penduduk yang berhijrah dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung yang beragama Islam mengamalkan nikah sindiket dan tidak mempunyai sijil nikah yang sah. Ini mengakibatkan anak yang dilahirkan tidak dapat didaftarkan. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membendung permasalahan ini?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah nasib anak-anak ini untuk memasuki alam persekolahan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti dan tindakan yang akan di ambil untuk mengatasi keadaan yang sedang dan telah berlaku ini?

    Klik jawapan »

118) PEMILIHAN KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Negeri Selangor akan melaksanakan Pemilihan Kerajaan Tempatan sepertimana yang dijanjikan?

119) PROGRAM RUMAH SENDIRI UNTUK GENERASI MUDA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Apakah wujud sebarang perancangan atau insentif oleh kerajaan negeri bagi membolehkan generasi muda Selangor mampu memperolehi rumah sendiri?

    Klik jawapan »

120) HUBUNGAN KERAJAAN NEGERI DAN BADAN BUKAN KERAJAAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri telah bertindak baik mengadakan hubungan dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan ( NGO) membentuk jawatankuasa konsultasi yang dapat menasihati Kerajaan Negeri dalam pembentukan pelbagai polisi dan enakmen Negeri. Sehingga kini berapa Badan Bukan Kerajaan ( NGO) yang terlibat mengadakan konsultasi dengan pihak Kerajaan Negeri dan berapa jawatankuasa bertindak yang telah dibentuk bersama mereka?

    Klik jawapan »

  2. Sejak tahun 2008, setakat manakah pandangan dan cadangan pihak Badan bukan Kerajaan ( NGO) diambil kira dalam perancangan program dan polisi Kerajaan Negeri dan adakah jawatankuasa bertindak bersama Badan Bukan Kerajaan ini efektif ?

    Klik jawapan »

121) INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan rumah burung walit dan syarikat-syarikat yang terdapat di negeri Selangor?

  2. Berapakah jumlah pendapatan kasar dari hasil jualan sarang burung walit dari 2005- 2009?

  3. Apakah dasar dan tindakan kerajaan terhadap perusahaan rumah burung walit?

122) TEKNOLOGI HIJAU

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memajukan teknologi hijau di Selangor. Sila jelaskan rancangan tersebut.

  2. Bagaimanakah syarikat-syarikat boleh membantu dalam bidang ini?

123) PRESTASI KETUA KAMPUNG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Secara umum bagaimana prestasi ketua-ketua kampung dalam membawa agenda perubahan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor terutamanya program memasyarakatkan ekonomi negeri Selangor (MES).

    Klik jawapan »

  2. Adakah peruntukan RM 10,000.00 setiap kampung yang di berikan oleh kerajaan negeri dapat membantu meningkatkan prestasi mereka.

    Klik jawapan »