Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

171) SISTEM PERPARITAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kos yang diperuntukkan untuk menyelenggara sistem perparitan di Selangor pada tahun 2012-2014?

  2. Apakah jaminan kerajaan Selangor bahawa sistem perparitan sedia ada mampu menyelesaikan masalah banjir?

172) BANTUAN BENCANA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk Tabung Bencana?

  2. Apakah jenis bencana yang layak mendapat bantuan daripada Tabung Bencana? Apakah jenis bantuan yang diberikan dan jumlah bantuan kewangan yang ditetapkan untuk sesuatu kerosakan yang dialami?

173) PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila huraikan apakah perkembangan dan pencapaian terkini Rumah Selangorku?

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan butiran mengenai jumlah dan peratus senarai pemohon yang berjaya mendapat tawaran Rumah Selangorku?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah bantuan dan langkah proaktif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memastikan pemohon mendapat pinjaman?

    Klik jawapan »

174) PENGURUSAN RIZAB WANG DISATUKAN KERAJAAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar Kerajaan dalam pengurusan penjimatan dan penggunaan wang disatukan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah penjimatan akan dijadikan instrumen untuk mengelakkan Kerajaan terjebak ke dalam belanjawan defisit?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan merancang strategi belanjawan tahunan dengan nisbah 60%(pembangunan):40%(pengurusan)?

    Klik jawapan »

175) LEBUHRAYA DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan lebuhraya-lebuhraya baharu yang dicadangkan dan diluluskan pembinaannya di Selangor dari tahun 2010-2015?

    Klik jawapan »

  2. Apakah faktor-faktor pertimbangan Kerajaan Negeri untuk meluluskan pembinaan lebuhraya ini?

    Klik jawapan »

176) JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah sasaran,perancangan yang ditetapkan dan peruntukan yang diberikan untuk Jawatankuasa Bandar Selamat di setiap PBT bagi tahun 2013-2018.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan kos dan lokasi pemasangan CCTV dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang serta pihak mana yang bertanggungjawab memantau CCTV tersebut

    Klik jawapan »

177) STATUS TERKINI TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENGHUNI-PENGHUNI DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut


  1. Pemaju telah melalui suratnya kepada MPK bertarikh 1 Mac 2015 menolak senarai 181 penama penghuni Jalan Papan yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri sebagai wajar menerima tawaran, maka mengakibatkan perkara ini tersangkut. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi keadaan 'deadlock' ini?

    Klik jawapan »

178) TARGET KERAJAAN DALAM BIDANG SUKAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan hanya menumpu daripada segi peruntukan kewangan dan perhatian kepada sukan sedia ada atau ada yang lain?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana perancangan kerajaan tentang sukan bertujuan untuk mengurangkan risiko penyakit kronik di kalangan rakyat?

    Klik jawapan »

179) PERJANJIAN MOU AIR ANTARA KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terkini berhubung isu-isu tertangguh yang perlu diselesaikan oleh kerajaan negeri dalam tempoh 60 hari setelah perjanjian MOU air ini dimuktamadkan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jaminan kerajaan negeri bagi mempastikan perkara ini dapat diselesaikan tanpa ada sebarang masalah berbangkit dikemudian hari?

180) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Janji Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah sampah belum dapat dikotakan. Apakah usaha dan perancangan bagi mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »