Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

81) YAYASAN SELANGOR (YS)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan kedudukan kewangan terkini Yayasan Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan butiran secara terperinci tentang pendapatan dan perbelanjaan bulanan dan tahunan YS?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah perancangan YS untuk meningkatkan pendapatan tahunan?

    Klik jawapan »

82) PADANG BOLA SEPAK DI BAWAH PBT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan bilangan padang bola sepak menurut PBT di seluruh Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan kos-kos (actual costs) yang terlibat sekiranya setiap padang di atas diselenggara menurut spesifikasi yang ditetapkan

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan ada rancangan untuk menyalurkan geran khas secara berjadual bagi penyelenggaraan padang-padang tersebut?

    Klik jawapan »

83) DIREKTORI PERMENTORAN USAHAWAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis


  1. Ramai orang muda yang menjadi usahawan gagal kerana tidak mempunyai bimbingan yang lengkap. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai panel mentor dan jabatan dan agensi yang berkaitan untk mempastikan golongan muda mempunyai maklumat yang lengkap dan tepat?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan bantuan ini bebas daripada amalan kronisme?

    Klik jawapan »

84) PENCEMARAN ALAM SEKITAR SERIUS OLEH SEBUAH KILANG DI LOT 15217, JALAN UDANG GANTUNG, TELOK GONG, PELABUHAN KLANG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis


  1. Sebuah kilang di Lot 15217, Jalan Udang Gantung, Telok Gong, Pelabuhan Klang telah sangat mencemari persekitaraan dengan sentiasa membakar tayar dan mengeluarkan minyak dan cecair kimia yang sangat berbau. Banyak aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Klang tetapi kilang tersebut masih terus melakukan pencemaran dan sangat menderita penduduk-penduduk di sekitar kawasan tersebut. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menghalang pencemaran alam sekitar yang serius tersebut terus dilakukan?

    Klik jawapan »

85) JABATAN KERJA RAYA SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status permohonan peruntukan untuk menaiktaraf persimpangan Rasa di Jalan Persekutuan FR01 dari Tanjung Malim ke Rawang yang sering berlaku kemalangan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah cadangan JKR Selangor untuk membantu menyelesaikan kesesakan persimpangan Genting Highland di Jalan Persekutuan FR01 dari Tanjung Malim ke Rawang?

    Klik jawapan »

86) PERANAN MENTERI BESAR DI BADAN-BADAN BERKANUN DAN ANAK-ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan semua jawatan yang dipegang oleh Dato' Menteri Besar di semua badan berkanun dan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan gaji, elaun dan setiap kemudahan yang diterima di setiap jawatan tersebut.

87) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan semua projek pemaju di Negeri Selangor yang dikecualikan daripada pembinaan rumah Selangorku sejak skim ini diperkenalkan. Tolong beri sebab pengecualian itu diberi dan saiz projek tersebut.

    Klik jawapan »

88) PERUNTUKAN JALAN KAMPUNG DAN KEUPAYAAN KETUA KAMPUNG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah pihak Kerajaan Negeri tidak berhasrat menyediakan peruntukan kewangan untuk menaiktaraf jalan-jalan kampung yang tidak mendapat peruntukan mencukupi daripada Kerajaan Persekutuan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah pihak Kerajaan Negeri mengkaji keberhasilan dan keupayaan Ketua-ketua Kampung Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk membantu pemilik-pemilik tanah berkelompok yang tiada kemampuan untuk membina insfrastruktur (jalan dan parit) sebab mereka membina rumah masing-masing di lot-lot milik mereka?

    Klik jawapan »

89) PENGURANGAN HASIL TANGKAPAN NELAYAN SUNGAI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah analisis Kerajaan Negeri berkenaan punca pengurangan jumlah tangkapan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha yang dijalankan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil tangkapan?

    Klik jawapan »

90) SKIM KESIHATAN WANITA MAMOGRAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis


  1. Sejauh manakah skim ini diketahui oleh golongan wanita di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat bagi mendapatkan rawatan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan pusat rawatan mamogram yang ada di seluruh negeri Selangor?

    Klik jawapan »