Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

231) SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (TUNAS)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis


  1. Berapa jumlah peruntukan telah dibelanjakan dari tahun 2008 hingga 2014 dan senaraikan mengikut tahun 2008 hingga 2014.

    Klik jawapan »

  2. Berapa jumlah pelajar tadika yang telah menerima bantuan ini dan senaraikan mengikut pecahan kaum.

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan tadika yang berdaftar dengan Skim Tunas Selangor mengikut daerah.

    Klik jawapan »

232) KES ROGOL DAN GANGGUAN SEKSUAL

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis


  1. Sila bekalkan statistik tahunan terperinci berkaitan dengan kes rogol dan gangguan seksual dari 2005 hingga 2015 di negeri Selangor. Bandingkan dengan negeri-negeri lain.

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan berapa kes di (a) telah didakwa di mahkamah dan berapakah yang berjaya didakwa?

    Klik jawapan »

233) PENGIKTIRAFAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Memandangkan bahawa Kerajaan Selangor telah mengorak langkah untuk mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC), maka nyatakan secara terperinci pendirian, dasar, perkembangan terkini, kronologi dan masalah-masalah yang masih belum dapat diatasi dalam perkara ini?

    Klik jawapan »

234) SRA TAMAN HARMONI SEKINCHAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan bilakah bangunan baru SRA Taman Harmoni akan dibina walaupun permohonan sudah dibuat bertahun-tahun?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi sehingga begitu sukar untuk merealisasikan permohonan tersebut?

    Klik jawapan »

235) PERUNTUKAN PERJALANAN DALAM / LUAR NEGERI WAKIL RAKYAT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan senarai perbelanjaan Kerajaan Negeri dalam perkara pelancongan Dalam Negeri /Luar Negeri oleh MB, setiap EXCO dan Ahli Dewan Negeri dalam tempoh 2008-2015

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peruntukan Selangor untuk perbelanjaan MB, EXCO dan ADUN untuk pelancongan dalam negeri / luar negeri dalam tempoh 2004-2014?

    Klik jawapan »

236) RUMAH SELANGORKU DAERAH KUALA LANGAT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Sila menyatakan jumlah unit mengikut spesifikasi size, keluasan rumah harga jualan Rumah Selangorku yang dibina di daerah Kuala Langat.

    Klik jawapan »

  2. Sila menyatakan nama pemaju yang membina Rumah Selangorku di daerah Kuala Langat.

    Klik jawapan »

  3. Adakah ADUN dibenarkan untuk membeli Rumah Selangorku dengan mendapat potongan diskaun?

    Klik jawapan »

237) PEMBANGUNAN DESA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah peruntukan pembangunan desa yang disalurkan mengikut daerah sejak 2013.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan kerja-kerja naik taraf atau membaikpulih balairaya dengan nilai yang dibelanjakan di bawah peruntukan pembangunan desa di Daerah Hulu Selangor sejak 2013.

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap balairaya yang dibina di tanah individu terutamanya berlaku di Daerah Sabak Bernam sebelum tahun 2008?

    Klik jawapan »

238) PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP KEHIDUPAN BANDAR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah core business Standco ini?

    Klik jawapan »

  2. Gariskan KPI Standco ini bagi tahun 2013 dan 2014?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan KPI yang gagal memenuhi sasarannya dan nyatakan apakah tiga sebab utama kegagalan tersebut?

    Klik jawapan »

239) ISU WANITA BEKERJAYA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status manifesto mewujudkan taska setiap bangunan Kerajaan Selangor? Setakat mana tercapai?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah kerajaan boleh meringankan beban pekerja wanita dalam kerjaya penting dan mempunyai tekanan kerja berat seperti jururawat, doktor wanita, polis wanita dengan memberi insentif taska yang berhampiran di kawasan tempat kerja tersebut?

    Klik jawapan »

240) HOTEL BRISDALE DAN HOTEL QUALITY, SHAH ALAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis


  1. Apakah sebab utama kedua-dua hotel tersebut ditutup?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah status pekerjaan bekas kakitangan kedua-dua hotel tersebut?

    Klik jawapan »