Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
1) PROJEK PEMBINAAN LEBUHRAYA PANTAI BARAT (LPB)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila perjelaskan apakah status terkini pembinaan LPB ?
-
Sila nyatakan apakah kekangan utama yang menyebabkan proses pembinaannya masih tertangguh walaupun sudah berulang kali diwar-warkan ?
-
Sila nyatakan sejauh manakah impak projek LPB terhadap pembangunan ekonomi Selangor dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang ?
2) KENAIKAN TARIF AIR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri tidak akan menaikkan tarif air dalam masa 5 tahun memandangkan rakyat Selangor menghadapi masalah bekalan air?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri akan lakukan untuk memastikan bekalan air mencukupi kepada Rakyat, terutamanya di DUN Teratai?
-
Mengapakah kawasan Zon 24 MPAJ masih menghadapi masalah bekalan air walaupun catuan air telah tamat?
3) ZON INDUSTRI DI MERU
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah kilang haram yang ujud di zon Ðzon ini? Senaraikan.
-
Adakah telah ada perancangan naiktaraf infra jalan dan longkang di Jalan Teratai?
-
Apakah status taraf jalan dan longkang di jalan Salleh yang telah dibangunkan banyak industri?
4) SISTEM PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN SEMULA AIR HUJAN (SPAH)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah yang telah diambil bagi melaksanakan SPAH seperti yang diperuntukkan oleh Akta?
-
Bilakah pembangunan baru akan dikenakan syarat pemasangan SPAH?
-
Apakah program galakan bagi penggunaan air hujan?
5) PEMBANGUNAN TANAH TERBIAR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan keluasan tanah-tanah terbiar mengikut daerah.
-
Apakah langkah Kerajaan untuk memajukan tanah-tanah terbiar ?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk merampas tanah-tanah terbiar yang tidak diusahakan?
6) PELABUHAN KLANG SEBAGAI SHIPPING HUB
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Pelabuhan Klang terletak dalam sistem laluan pengangkutan maritim dunia dan merupakan di antara 35 pelabuhan yang terpenting dalam dunia maritim. Apakah usaha kerajaan negeri mengambil manfaat ini menjadikan Pelabuhan Klang sebagai penjana ekonomi negeri?
7) KEDUDUKAN KEMAJUAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah ukuran dan indikator Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia?
-
Apakah langkah yang diambil kerajaan untuk meningkatkan kemajuan sedia ada?
8) PENYELENGGARAAN KOLAM TAKUNGAN SALIRAN MESRA ALAM (MSMA)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Siapakah agensi Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menyelenggarakan Kolam Takungan Saliran Mesra Alam (MSMA) di kawasan taman perumahan setiap PBT? Sila menyatakan dalam rekod, berapakah MSMA yang ada di Daerah Kuala Langat?
-
Berapakah kos penyelenggaraan setiap satu MSMA?
-
Apakah skop kerja-kerja yang meliputi di dalam kos penyelenggaraan tersebut?
9) PELAKSANAAN OSC 3.0
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak PBT telah mula mengguna OSC 3.0? Berapakah kos yang perlu dibiayai oleh setiap PBT?
-
Apakah kelebihannya berbanding sistem OSC yang lama?
-
Berapa banyak sesi penerangan telah diadakan dengan pengguna-pengguna sistem OSC yang lama?
10) PERTANIAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha sokongan Kerajaan Selangor bagi memastikan nasib golongan petani (padi) terbela dari sudut pendapatan bulanan?
-
Apakah insentif kerajaan kepada golongan belia yang berminat dan telah berusaha menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan produk pertanian mengikut daerah atau zon?