Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

1) PROJEK PEMBINAAN LEBUHRAYA PANTAI BARAT (LPB)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila perjelaskan apakah status terkini pembinaan LPB ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah kekangan utama yang menyebabkan proses pembinaannya masih tertangguh walaupun sudah berulang kali diwar-warkan ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan sejauh manakah impak projek LPB terhadap pembangunan ekonomi Selangor dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang ?

    Klik jawapan »

2) KENAIKAN TARIF AIR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri tidak akan menaikkan tarif air dalam masa 5 tahun memandangkan rakyat Selangor menghadapi masalah bekalan air?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri akan lakukan untuk memastikan bekalan air mencukupi kepada Rakyat, terutamanya di DUN Teratai?

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah kawasan Zon 24 MPAJ masih menghadapi masalah bekalan air walaupun catuan air telah tamat?

    Klik jawapan »

3) ZON INDUSTRI DI MERU

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kilang haram yang ujud di zon Ðzon ini? Senaraikan.

    Klik jawapan »

  2. Adakah telah ada perancangan naiktaraf infra jalan dan longkang di Jalan Teratai?

    Klik jawapan »

  3. Apakah status taraf jalan dan longkang di jalan Salleh yang telah dibangunkan banyak industri?

    Klik jawapan »

4) SISTEM PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN SEMULA AIR HUJAN (SPAH)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah yang telah diambil bagi melaksanakan SPAH seperti yang diperuntukkan oleh Akta?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah pembangunan baru akan dikenakan syarat pemasangan SPAH?

    Klik jawapan »

  3. Apakah program galakan bagi penggunaan air hujan?

    Klik jawapan »

5) PEMBANGUNAN TANAH TERBIAR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan keluasan tanah-tanah terbiar mengikut daerah.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah Kerajaan untuk memajukan tanah-tanah terbiar ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk merampas tanah-tanah terbiar yang tidak diusahakan?

    Klik jawapan »

6) PELABUHAN KLANG SEBAGAI SHIPPING HUB

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Pelabuhan Klang terletak dalam sistem laluan pengangkutan maritim dunia dan merupakan di antara 35 pelabuhan yang terpenting dalam dunia maritim. Apakah usaha kerajaan negeri mengambil manfaat ini menjadikan Pelabuhan Klang sebagai penjana ekonomi negeri?

    Klik jawapan »

7) KEDUDUKAN KEMAJUAN NEGERI

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah ukuran dan indikator Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah yang diambil kerajaan untuk meningkatkan kemajuan sedia ada?

    Klik jawapan »

8) PENYELENGGARAAN KOLAM TAKUNGAN SALIRAN MESRA ALAM (MSMA)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Siapakah agensi Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menyelenggarakan Kolam Takungan Saliran Mesra Alam (MSMA) di kawasan taman perumahan setiap PBT? Sila menyatakan dalam rekod, berapakah MSMA yang ada di Daerah Kuala Langat?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos penyelenggaraan setiap satu MSMA?

    Klik jawapan »

  3. Apakah skop kerja-kerja yang meliputi di dalam kos penyelenggaraan tersebut?

    Klik jawapan »

9) PELAKSANAAN OSC 3.0

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak PBT telah mula mengguna OSC 3.0? Berapakah kos yang perlu dibiayai oleh setiap PBT?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kelebihannya berbanding sistem OSC yang lama?

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyak sesi penerangan telah diadakan dengan pengguna-pengguna sistem OSC yang lama?

    Klik jawapan »

10) PERTANIAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha sokongan Kerajaan Selangor bagi memastikan nasib golongan petani (padi) terbela dari sudut pendapatan bulanan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah insentif kerajaan kepada golongan belia yang berminat dan telah berusaha menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan produk pertanian mengikut daerah atau zon?

    Klik jawapan »