Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

121) MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan secara perbandingan kedudukan kewangan MAIS sejak 5 tahun yang lalu.

  2. Sila nyatakan secara terperinci apakah bidang perniagaan yang diceburi oleh MAIS ?

  3. Sila senaraikan anak-anak syarikat MAIS yang mencapai keuntungan dan juga yang mengalami kerugian sejak 5 tahun yang lalu

122) LRT KELANA JAYA KE PUTRA HEIGHT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Perincikan status terkini pembinaan sambungan LRT Kelana Jaya ke Putra Heights.

    Klik jawapan »

  2. Apakah kerajaan negeri maklum tentang pampasan yang perlu dibayar kepada mereka yang terpaksa berpindah dan berapakah jumlahnya?

    Klik jawapan »

  3. Siapakah sebetulnya wakil kerajaan negeri yang memantau projek ini kerana aduan penduduk setempat banyak aspek keselamatan diabaikan oleh kontraktor?

    Klik jawapan »

  4. Huraikan apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan dalam menangani aduan penduduk sekitar.

    Klik jawapan »

123) AIR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Air terawat dibekalkan melalui Wangsa Maju ke Ampang khususnya di Flat Desa Lembah Permai, kenapa selalu di Desa Lembah Permai apabila ketiadaan air, alasan yang diberikan tekanan air rendah?

    Klik jawapan »

  2. Ketika masalah di wangsa maju kenapa pihak bekalan air tidak mengambil sahaja air dari ÒAmpang IntakeÓ untuk diagihkan ke kawasan sekitar? Kenapa perlu ambil air di Selayang dan Gombak yang terlalu jauh?

    Klik jawapan »

124) PRESTASI KEWANGAN PBT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan statistik prestasi pendapatan dan perbelanjaan setiap PBT di Selangor dari 2008 hingga 2013?

    Klik jawapan »

  2. Berikan pecahan pendapatan dan perbelanjaan setiap PBT dari 2008 hingga 2013?

    Klik jawapan »

  3. Apakah strategi PBT untuk meningkatkan pendapatan dan mengawal perbelanjaan?

    Klik jawapan »

125) SEKOLAH RENDAH AGAMA DI DUN TERATAI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memperkasakan Sekolah Rendah Agama di DUN Teratai?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan yang telah diagihkan untuk perkara (a)?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bilangan tenaga pengajar dan pelajar yang dapat manfaat daripada program yang telah dilaksanakan untuk Sekolah Agama DUN Teratai?

    Klik jawapan »

126) PELAKSANAAN PROJEK OLEH PEMAJU SWASTA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak pemaju swasta untuk melaksanakan projek - projek pembangunan memandangkan aturan wajib pembangunan serta capital contribution yang dikenakan ke atas pemaju sentiasa berubah dan tidak konsisten ?

    Klik jawapan »

127) MASALAH CF TAMAN TAMAN PERUMAHAN DAN PANGSAPURI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah penyelesaian terhadap masalah CF?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang diambil untuk membantu pembeli yang terperangkap dengan masalah tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan susulan terhadap masalah CF Taman Desa Gemilang di Sg Pusu?

    Klik jawapan »

128) SKIM AIR PERCUMA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Apakah halatuju jangka panjang skim tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah kerajaan negeri menampung kos skim untuk seterusnya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah untuk memastikan pengguna meter pukal turut menikmati skim ini?

    Klik jawapan »

129) MENAIKTARAF KEMUDAHAN ASAS

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Sila menyatakan jumlah peruntukkan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf kemudahan-kemudahan di Masjid, termasuk menurap kawasan lapang di dalam Masjid mengikut susunan tahun 2008 sehingga bulan Mac, 2013 di kawasan DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib?

    Klik jawapan »

130) PENUKARAN SYARAT GUNA TANAH RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah permohonan telah diterima dari pihak-pihak berkenaan untuk menukar syarat guna tanah kepada rumah ibadat bukan Islam dari 2008 sehingga 2013?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah permohonan telah diluluskan dalam tempoh yang sama dan adakah premium untuk penukaran syarat tanah dikecualikan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah sebab-sebab utama yang menyebabkan sesuatu permohonan itu tidak berjaya?

    Klik jawapan »