Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

221) PENTADBIRAN DAERAH HULU LANGAT

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Kebanyakan pentadbiran Kerajaan seperti Pejabat Tanah dan Daerah (PTD), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan lain-lain tertumpu di sekitaran Bandar Baru Bangi, sedangkan Daerah Hulu Langat terlalu luas termasuk Ampang dan Pandan, apakah rancangan kerajaan bagi mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

222) PROJEK IBU PEJABAT BARU PKNS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini projek tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan nama kontraktor yang dilantik dan berapakah anggaran kos projek tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan kerja-kerja pembinaan projek tersebut tergendala buat seketika?

    Klik jawapan »

223) KESELAMATAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut


  1. Apakah keberkesanan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk menangani ancaman jenayah? Sila sokong dengan statistik.

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha baru kerajaan untuk menangani ancaman jenayah yang semakin berleluasa?

    Klik jawapan »

224) PENYEBARAN SYIAH

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Jabatan Agama Islam (JAIS) telah menyerbu ke sebuah premis di Pusat Bandar Sri Gombak yang dipercayai menyebar ajaran Syiah berdasarkan bukti-bukti penemuan berkaitan fahaman tersebut. Bagaimanakah tahap penyebaran Syiah di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan statistik tangkapan dan operasi yang mereka terlibat dari Tahun 2008 - 2013?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa agama dalam menangani ajaran ini?

    Klik jawapan »

225) KECERUNAN BUKIT YANG BERHAMPIRAN DENGAN KAWASAN PERUMAHAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah Temporary Certificate of Fitness (TCF) dan Certificate of Fitness (CF) yang tidak dapat dikeluarkan ole h Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana terdapat kecerunan bukit yang runcin g berhampiran dengan tapak perumahan seperti kesnya di Desa Gemilang dan B ukit Permata, Gombak yang masih gagal memperoleh TCF antaranya sejak dari 2007?

    Klik jawapan »

226) PROJEK-PROJEK TERBENGKALAI DI DUN TERATAI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut


  1. Apakah sasaran Kerajaan Negeri dalam menangani masalah projek-projek terbengkalai di DUN Teratai yang membawa isu ekonomi dan sosial kepada penduduk-penduduk setempat dalam tahun 2014

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri akan lakukan dalam tahun 2014- untuk menyelesaikan masalah projek-projek terbengkalai di DUN Teratai?

227) KESESAKAN LALU LINTAS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah kerajaan Selangor menangani masalah kesesakan lalu lintas dari B48 (Simpang Enstek) ke Bandar Sepang yang semakin mendesak?

    Klik jawapan »

228) ISU HAK MILIK TANAH SELUAS 83 EKAR DI KAMPUNG SRI TANJUNG, DENGKIL

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini kelulusan hak milik tanah kepada penduduk di kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah keluasan tanah untuk setiap permohonan dan apakah prasyarat utama untuk kelulusan permohonan?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah keseluruhan permohonan ini dan berapa ramai anak tempatan yang meneroka kawasan ini diberikan keutamaan untuk diberi hak milik tanah?

    Klik jawapan »

229) KITAR SEMULA SISA MINYAK MASAK

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar kerajaan dalam merakyatkan program kitar semula sisa minyak masak?

    Klik jawapan »

  2. Apakah prestasi komuniti-komuniti yang terlibat dalam program ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah peranan dan insentif yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan bagi membantu komuniti untuk menjayakan program ini?

    Klik jawapan »

230) BANJIR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Apakah penyelesaian kepada masalah banjir yang kerap di Jalan 1/2 & Jalan 1/3 Petaling Jaya?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah tindakan penyelesaian dijangka akan bermula dan siap?

    Klik jawapan »