Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

131) KOMPLEK NIAGA PKNS

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dikatakan telah menjual Kompleks Perniagaan PKNS, Shah Alam yang menyebabkan kadar sewanya semakin meningkat. Adakah persetujuan telah di capai dengan para penyewa tentang kadar sewa yang baru?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah PKNS bertindak mengutamakan keuntungan dan tidak melindungi kepentingan peniaga?

    Klik jawapan »

132) KEKURANGAN TEMPAT LETAK KERETA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah MPSJ masih belum membina kompleks tempat letak kereta bertingkat di kawasan komersil SS15 Subang Jaya memandangkan kertas kerja cadangan pembinaan telah pun disediakan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan mensyaratkan tender terbuka bagi perlaksanaan projek ini untuk memastikan kos efektif dan harga terendah bagi MPSJ?

    Klik jawapan »

133) AIR PERCUMA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Banyak bangunan flat, apartmen dan lain-lain bangunan kediaman bertingkat tidak dapat bekalan air percuma dari kerajaan negeri dan kejadian pemotongan bekalan air Apartmen Kenanga, Putra Perdana baru-baru ini telah menyebabkan kesulitan kepada penduduk. Bilakah kerajaan negeri akan memberi air percuma kepada mereka yang mendiami kediaman bertingkat sepatutnya diutamakan kerana ramai di kalangan mereka berpendapatan sederhana?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bantuan kerajaan negeri kepada mereka apabila berlaku pemotongan bekalan oleh pihak Syabas?

    Klik jawapan »

  3. Apakah peranan kerajaan negeri dalam mendapatkan individu meter?

    Klik jawapan »

134) SISTEM MAKLUMAT TANAH SECARA ELEKTRONIK DAN ONLINE

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini Sistem Maklumat Tanah Secara Elektronik dan Online yang ingin dibangunkan oleh kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah sistem dan aplikasi itu dapat digunakan oleh rakyat?

    Klik jawapan »

135) PENUTUPAN MENARA TINJAU

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Pihak Majlis Perbandaran Kajang telah meletakkan pengadang (barricade) di jalan masuk ke Pusat Pelancongan Menara Tinjau kepada pengunjung. Mengapa tindakan memasang barricade bagi menghalang pengunjung datang dilakukan oleh pihak MPKJ?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kerugian yang dialami oleh Pengusaha Pusat Pelancongan tersebut?

    Klik jawapan »

136) REBET CUKAI TAKSIRAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Memandangkan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah memberi rebet cukai taksiran kepada pemilik-pemilik rumah di Bukit Beruntung di mana rumah-rumah mereka tidak dapat didiami dan disewa untuk jangka masa yang lama, adakah kerajaan juga akan melaksanakan dasar ini di PBT-PBT yang lain?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan juga akan memberi rebet kepada pemilik-pemilik kilang di bawah program pemutihan kerana kebanyakan pemilik menyediakan infrastruktur dengan menggunakan wang mereka sendiri? Jika tidak, apakah sebabnya?

    Klik jawapan »

137) KEMUDAHAN LIF

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Terdapat aduan di Pelabuhan Klang lif telah rosak berbulan-bulan sehingga menyusahkan penghuni terbabit. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang kembali?

    Klik jawapan »

  2. Apakah inisiatif dari Kerajaan Negeri untuk membantu penghuni terbabit dalam menyelesaikan permasalahan ini?

    Klik jawapan »

  3. Selain dari Badan Pengurusan Bersama, pihak manakah yang bertanggungjawab untuk memastikan lif dapat di selenggara dan dibaik pulih dengan baik?

    Klik jawapan »

138) SIMPANAN TUNAI SELANGOR MENINGKAT RM1.9 BILION

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah pecahan pendapatan kerajaan Negeri sehingga membolehkan meningkatnya Simpanan Tunai?

    Klik jawapan »

139) SEWAAN BANGUNAN OLEH SSIC BHD DAN YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS) DI PEJABAT I-CITY BHD

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali

Kategori: Mulut


  1. Mengapa SSIC Bhd dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) perlu menyewa pejabat di I-City Bhd dengan kos yang tinggi sedangkan di Menara Perangsang Selangor masih banyak terdapat ruang pejabat yang lebih murah?

    Klik jawapan »

140) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah perbezaan rumah mampu milik Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah sasaran pembinaan rumah mampu milik Kerajaan Selangor

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah prestasi perlaksanaan rumah mampu milik di Selangor

    Klik jawapan »