Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

141) JUMLAH PELABURAN ASING KE SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan jumlah pelaburan asing dan tempatan ke Negeri Selangor sehingga Disember 2010. Sila berikan butiran menurut daerah

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang di ambil untuk menarik lebih banyak pelaburan asing dan tempatan ke Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

142) RIZAB AGAMA BUKAN ISLAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai suatu garis panduan yang jelas untuk menuntut daripada pemaju apabila sesuatu plot pembangunan diluluskan untuk Kebenaran Merancang dan Pelan Pembangunannya dalam OSC . Garis panduan yang ada pada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa hanya menyebut tentang bilangan penduduk atau penganut yang harus disediakan satu tapak rizab agama bukan Islam. Ianya juga tidak memperuntukkan plot yang berasingan untuk kuil Hindu, tokong Buddha , Gereja Kristian dan sebagainya. Apakah polisi Kerajaan Negeri untuk menyelaraskan perkara ini , agar pihak pemaju menyediakan rizab agama yang mencukupi untuk semua kaum dan penganut.

    Klik jawapan »

143) STATUS KUIL SIVAN DI JALAN BUKIT GASING, PETALING JAYA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah Kuil Sivan di Bukit Gasing masih belum menerima Hak milik Geran Tanah asal sebagai pemilik yang sah sehingga ke hari ini?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah operasi Kuil Sivan di Bukit Gasing masih ditutup sehingga ke hari ini, walaupun sudah lebih 3 tahun berlalu?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi kesemua masalah-masalah tersebut agar Kuil Sivan dapat dibuka dan beroperasi semula dalam kadar seberapa segera?

    Klik jawapan »

144) RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah bantuan yang boleh dipohon bagi keluarga yang tidak mampu menjelaskan sewa rumah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan terhadap penyewa yang gagal menjelaskan tunggakan sewa dan yang menyewakan unit kepada orang lain?

    Klik jawapan »

145) PENYERAHAN KAMPUNG BARU

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri telah mengumumkan Projek Penyejarahan Kampung Baru sebagai langkah untuk menyimpan rekod sejarah kampung-kampung tersebut agar tidak hilang. Apakah status pelaksanaan projek penyejarahan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Pihak manakah yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan projek ini dilaksanakan dengan profesional dan tepat?

    Klik jawapan »

146) PUSAT TUISYEN RAKYAT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM 3.45 juta untuk mengadakan pusat-pusat tuisyen rakyat bagi tahun 2011 untuk golongan berpendapatan kurang RM 1,500. Nyatakan bilangan, tempat dan jumlah pelajar yang telah menyertainya?

    Klik jawapan »

  2. Setakat ini bagaimanakah keberkesanan hasil program tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah mekanisme yang digunakan untuk memilih pelajar yang layak menyertainya?

    Klik jawapan »

147) BANTUAN KEPADA PENDUDUK RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah bantuan yang telah dihulurkan kepada penduduk-penduduk rumah pangsa kos rendah di Selangor sejak 2008 dan apakah bantuan yang bakal diberi kepada mereka?

    Klik jawapan »

148) PROJEK TUNNEL CITY

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan yang akan di lakukan terhadap kolam takungan (bersebelahan kampung Jaya Sepakat) yang telah dilaksanakan walaupun projek ini sudah pun dibatalkan

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan bersedia untuk memberikan semula kawasan rayau kepada orang asal yang terlibat.

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan kerajaan bagi menyelesaikan masalah banjir di lembah Kelang

    Klik jawapan »

149) PEMBALAKAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Dalam memacu Ekonomi di Negeri Selangor untuk rakyat selain dari Pasir, industri pembalakan juga salah satu hasil komoditi yang terdapat di negeri kita: Berapa luaskah hutan yang di tebang untuk kegiatan pembalakan ini?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan hasil yang telah dikumpulkan dalam (RM) oleh kerajaan Pakatan Rakyat berbanding dengan Kerajaan BN dahulu?

    Klik jawapan »

150) PENUBUHAN PASUKAN POLIS BANTUAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengumumkan penolakan permintaan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Polis Bantuan. Apakah langkah Kerajaan Negeri lanjutan daripada keputusan Kementerian Dalam Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah langsung dan tidak langsung yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk membendung kes-kes jenayah?