Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

211) KOMUNITI BERPAGAR DAN BERPENGAWAL

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah pendirian kerajaan berkenaan dengan percanggahan dua garis panduan yang berlainan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dan bagaimana ianya boleh disatukan sebagai satu garis panduan yang boleh diikuti oleh semua?

    Klik jawapan »

212) EKONOMI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pelaburan yang datang ke negeri Selangor pada tahun 2010 dan apakah taburan pelaburan mengikut bidang-bidang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha terkini kerajaan negeri bagi menarik pelabur asing ke negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah peluang pekerjaan yang telah diwujudkan dari pelaburan baru dari tahun 2008 hingga 2010?

    Klik jawapan »

213) RANCANGAN TEBATAN BANJIR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Sering sedang di dalam perancangan dan di peringkat reka bentuk dengan kos projek dianggarkan sebanyak RM6.8 juta. Bilakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memulakan projek ini memandangkan kejadian banjir semakin kerap berlaku semenjak akhir-akhir ini?

    Klik jawapan »

214) LAMPU JALAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Jalan Hj. Abdul Manan yang menghubungkan Jalan Meru - Klang dari Klang Sentral dengan laluan 5 Pantai Barat adalah di bawah kawasan Majlis Perbandaran Klang. Jalan ini yang amat sibuk digunakan oleh pengguna Jalan raya pada waktu siang dan malam. Akan tetapi jalan tersebut masih tidak dipasang lampu jalan dan dalam keadaan gelap gelita pada waktu malam. Bila lagikah Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil tindakan memasang lampulampu jalan tersebut demi menjaga keselamatan dan kepentingan pengguna jalan raya tersebut selaras dengan slogan Kerajaan yang prihatin kepada rakyat ?

    Klik jawapan »

215) PERMOHONAN TANAH PERTANIAN DI BLOK 81 HULU PERDIK

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Difahamkan terdapat tanah kerajaan yang tidak diterokai oleh penduduk tempatan begitu lama selepas pemerintahan Jepun di Daerah Hulu Langat ini termasuk di Hulu Perdik, Hulu Langat. Apakah status permohonan QT Tanah Pertanian di Blok 81 Hulu Perdik?

    Klik jawapan »

216) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Worldwide Holding akan ambil alih pengurusan sampah di negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Adakah PBT berkuasa dan dalam keadaan apa boleh menamatkan mana-mana kontraktor yang mengutip sampah?

    Klik jawapan »

  3. Adakah PBT berhak menamatkan kontrak alam flora memandangkan alam flora menandatangani perjanjian dengan PBT dan bukan kerajaan negeri Selangor

    Klik jawapan »

217) PKNS

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Kenapakah sistem tender dibuat bagi pembelian rumah kedai. Sila huraikan

    Klik jawapan »

  2. Rungutan dari orang ramai sistem ini menyebabkan rakyat sederhana sukar untuk membeli rumah kedai ini. Apakah kerajaan akan mengubah polisi ini.

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan peratusan rumah kedai yang di bangunkan oleh PKNS yang di jual kepada syarikat-syarikat besar ?

    Klik jawapan »

218) SKIM MIKROKREDIT SELANGOR (SKIMSEL)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sehingga kini, berapakah jumlah pinjaman yang telah dipinjamkan?

    Klik jawapan »

  2. Sehingga kini, berapakah jumlah peratus pinjaman yang telah dibayar balik?

    Klik jawapan »

219) SUMBER TENAGA JANA SEMULA (RENEWABLE ENERGY)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah bentuk sumber tenaga jana semula yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan kawasan dalam Negeri Selangor mengikut PBT yang berjaya menggunakan sumber jana semula ini.

    Klik jawapan »

220) PELEBARAN JALAN TAMAN CUEPACS KE TAMAN ALAM JAYA, CHERAS

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Difahamkan pihak Majlis Perbandaran kajang telah menjalankan kerja-kerja pelebaran jalan dari Simpang PGA Ð Cheras ke Taman Alam Jaya melalui Taman Cuepacs. Berapakah jumlah peruntukan projek pelebaran jalan tersebut dan pihak mana yang menyumbang kewangannya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah status projek pelebaran jalan ini yang didapati terlalu lebar dan mengganggu pengguna jalan berkenaan?

    Klik jawapan »