Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

131) PELABURAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi oleh Negeri Selangor bagi setengah tahun 2011 secara perbandingan dengan tahun 2008 dan tahun kedua 2009,mengikut pecahan daerah ?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah prestasi dan kedudukan Negeri Selangor dalam memperolehi pelaburan bagi setengah tahun yang pertama 2011 secara perbandingan dengan Negeri-Negeri lain ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah kelemahan yang telah dikenal pasti dan langkah-langkah proaktif yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha meningkatkan lebih banyak pelaburan ke Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

132) RUMAH TERBENGKALAI DI DESA KERAYONG INDAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri berjanji untuk menyelesaikan masalah pembeli rumah Desa Kerayong Indah dalam kempen dan sepanduk-sepanduk memburuk kerajaan terdahulu pada Pilihanraya Umum lalu. Apakah status projek rumah terbengkalai itu sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Sudahkah masalah pembeli rumah berkenaan diselesaikan?

    Klik jawapan »

133) MASALAH SOSIAL LUMBA HARAM DIKALANGAN BELIA TEMPATAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Kebanyakan kawasan di dalam Negeri Selangor ini telah mempunyai jalan raya yang besar serta selesa bagi memudahkan pengguna yang menggunakan jalan raya berkenaan tetapi telah disalah gunakan oleh sebilangan anak muda tempatan bagi tujuan perlumbaan haram. Apakah inisiatif dari Kerajaan Negeri di dalam mengawal gejala lumba haram di kalangan belia tempatan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan mewujudkan dan melaksanakan sebarang bentuk program yang boleh menarik minat belia tempatan bagi menjauhi perlumbaan haram?

    Klik jawapan »

  3. Apakah strategi yang akan digunakan Kerajaan Negeri bagi melahirkan belia tempatan yang berkualiti, kreatif dan inovatif selaras dengan aspirasi Negara?

    Klik jawapan »

134) PEMBANGUNAN HULU SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri bercadang untuk memajukan daerah Hulu Selangor termasuk mensasarkan Bernam Jaya sebagai Zon Perkhidmatan Antarabangsa. Apakah perkembangan semasa pembangunan di Hulu Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah pelaburan yang telah diperolehi?

    Klik jawapan »

  3. Apakah projek pembangunan baru yang boleh dilaksanakan buat masa kini?

    Klik jawapan »

135) RUMAH EXCO

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri tidak menggunakan rumah exco di Seksyen 7 sebagai kediaman exco. Apakah aktiviti yang digunakan ke atas rumah tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah pendapatan yang di perolehi daripada aktiviti tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah kos untuk menyelenggara bangunan dan kawasan perumahan tersebut?

    Klik jawapan »

136) KEDUDUKAN TANAH TOL DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Banyak berlaku kekecohan berhubung dengan penggunaan tanah TOL di negeri Selangor. Berapakah jumlah tanah TOL yang diberi kebenaran menggunakannya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat penggunaan tanah TOL dan adakah boleh ditukar kepada pemilikan kekal?

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah sering berlaku kekecohan berhubung dengan penggunaan tanah TOL?

    Klik jawapan »

137) BANTUAN BIASISWA PENDIDIKAN OLEH YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Yayasan Selangor bagi tujuan bantuan biasiswa pendidikan bagi tahun 2010 yang lalu?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah penerima-penerima biasiswa tersebut mengikut komposisi kaum dan berapakah jumlah biasiswa yang diberikan kepada setiap individu yang berjaya di dalam permohonan mereka ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Yayasan Selangor ada memberikan apa-apa pinjaman / biasiswa pendidikan kepada anak-anak Selangor yang melanjutkan pelajaran mereka ke luar negeri?

    Klik jawapan »

138) PENGAUDITAN DALAMAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah keberkesanan audit dalaman di jabatan-jabatan dan PBT memandangkan juruaudit melapor kepada ketua jabatan.

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan mempertimbangkan perjawatan juru audit setiap jabatan dipertanggungjawabkan oleh jabatan Audit Dalam Negeri?

    Klik jawapan »

  3. Apakah keberkesanan jawatankuasa audit dan pengurusan korporat di setiap PBT?

    Klik jawapan »

139) PELABURAN ASING DARI JERMAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Memandangkan negara Jerman merupakan negara sains dan teknikal yang agak terkemuka di dunia dan nilai purata pelaburan dari negara Jerman merupakan antara yang tertinggi di Selangor, apakah usaha kerajaan untuk menjalin hubungan ekonomi dan sosial yang lebih erat dengan pelabur dan rakyat Jerman?

    Klik jawapan »

140) PILIHAN RAYA JKKK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Apakah rasional Pilihan Raya JKKK ini ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah program ini membazirkan wang rakyat ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah program Pilihan Raya JKKK akan diperluaskan ke semua kawasan termasuk kampung tradisional ?

    Klik jawapan »