Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

31) PERUNTUKAN UNTUK DUN ANGKAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta satu senarai kesemua 21 penyelaras DUN Angkat di Selangor dan senarai penggunaan peruntukan DUN di kawasan-kawasan DUN Angkat ini bermula 1 Januari 2011 hingga 1 Jun 2011.

    Klik jawapan »

32) BERKOMUNIKASI MAKLUMAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Mengapakah ahli-ahli dewan tidak diberitahu hal-hal atau perkara-perkara yang berlaku dalam kawasan masing-masing terutamanya oleh pihak berkuasa tempatan?

    Klik jawapan »

  2. Patutkah tidak ahli-ahli dewan dimaklumkan berkenaan segala aktiviti atau pelan yang melibatkan kawasan masing-masing sebelum keputusan dibuat?

    Klik jawapan »

  3. Adakah pihak kerajaan negeri akan mengeluarkan arahan kepada semua pejabat- pejabat dan atau badan-badan kerajaan negeri supaya segala maklumat yang melibatkan kawasan seseorang ahli dewan diberikan dan penglibatan ahli dewan diwajibkan sebelum sebarang keputusan dilakukan?

33) TAPAK PERKUBURAN CINA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perkembangan terkini berhubungan dengan tapak perkuburan Cina di seluruh negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap tapak perkuburan yang kehabisan tanah seperti Tapak Perkuburan Cina Tg. Sepat?

    Klik jawapan »

34) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI RM 50 BILION KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan negeri telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi RM 50 Bilion pada tahun 2009 meliputi lima langkah utama. Berapa banyak yang telah dibelanjakan daripada RM 50 bilion tersebut dan dari mana sumbernya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perkembangan projek-projek di bawah Pakej Rangsangan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Adakah impak pakej tersebut pada sosioekonomi rakyat setelah dua tahun setakat kini?

    Klik jawapan »

35) POKOK-POKOK LAMA DI DALAM SELIAAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Telah terjadi di sekitar Lembah Klang yang pokok-pokok lama telah tumbang dan menghempap kenderaan yang melalui atau parkir di kawasan tersebut bila tibanya musim hujan. Permasalahan ini boleh menyebabkan kepada kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Adakah pokok-pokok lama yang ada di dalam Negeri Selangor ini di kawal selia secara terperinci oleh Pihak Berkuasa Tempatan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah bentuk caranya pengawalan seliaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan kawasan yang telah di kawal selia oleh Pihak Berkuasa Tempatan khususnya di dalam Daerah Klang?

    Klik jawapan »

36) MES

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk produk-produk MES sejak ianya diperkenalkan. Perincikan setiap produk mengikut keutamaan seperti SMUE, TAWAS, Memogram, PTRS, MIMBAR dan lain-lain?

    Klik jawapan »

37) HARGA BARANGAN NAIK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi membantu keluarga-keluarga yang tidak mampu untuk hadapi masalah harga barangan naik?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program bantuan makanan bagi golongan miskin yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

38) PERLESENAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Negeri Selangor juga tidak kurang hebatnya dalam Industri pelancongan dalam negeri seperti negeri-negeri yang lain. Bolehkah dipertimbangkan diberikan lesen kedai-kedai bebas cukai di Ampang, yang mana telah sedia ada Tokong Kau Ong Yah dengan ratusan ribu penganut Tokong tersebut datang setiap tahun, Ampang Yong Tau Foo dengan pengunjung mingguan ianya mampu menarik pelancong ke Pekan Ampang membeli belah di sini.

    Klik jawapan »

39) SEKTOR PELABURAN ASING DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan sektor-sektor pelaburan asing di Negeri Selangor menurut keutamaan dan jumlah pelaburan untuk tempoh 3 tahun yang lalu.

    Klik jawapan »

40) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Bertulis


  1. Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung mempunyai penduduk hampir 35,000 orang, terdiri daripada beberapa Taman disekitarnya seperti Prima Beruntung, Taman Bunga Raya, Taman Widuri, Taman Bakawali, Taman Kesumba dan lain-lain lagi. Setiap hari penduduk taman-taman ini akan berurusan ke Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Namun begitu, penduduk ini menghadapi masalah mengakutan awam, sama ada teksi atau bas sebagai pengangkutan awam di kawasan ini. Jarak antara taman ini ke Pusat bandar sekitar Ð 8 km hingga 10 km. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah pengangkutan awam sebagai kemudahan penduduk di sini untuk urusan harian mereka ?

  2. Bolehkah Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan seperti bas awam sebagai pengangkutan dalaman di kawasan tersebut ?