Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

161) SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Bolehkah kerajaan merancang sistem pengangkutan awam dan ÔrouteÕ untuk bas-bas?

    Klik jawapan »

  2. Jika boleh, apakah rancangan kerajaan dalam masa 5 tahun dan 10 tahun?

162) BEKALAN AIR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Adakah Selangor dijangka berhadapan dengan masalah bekalan air dan adakah empangan-empangan air di Selangor sudah cukup dilindungi dari aktiviti pencerobohan dan pencemaran?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan untuk memelihara lembangan sungai yang membekalkan sumber air negeri?

    Klik jawapan »

  3. Kawasan manakah di negeri Selangor yang paling kritikal dan mudah terjejas jika berlaku pengurangan simpanan air dan adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan sumber air bawah tanah untuk menangani sebarang krisis air jangka panjang?

    Klik jawapan »

163) KECURIAN PASIR DI BANDAR MAHKOTA CHERAS DAN BANDAR SUNGAI LONG, KAJANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana untuk memastikan operator pasir mempunyai permit yang sah?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri menilai jumlah kerugian daripada aktiviti mencuri pasir ini. Sekiranya ada, berapakah jumlahnya?

    Klik jawapan »

164) LESEN PREMIS PENIAGA MELAYU MPK

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Kebelakangan ini, ramai peniaga (majoritinya kaum Melayu) yang menyewa premis MPK telah disita premis perniagaan mereka dengan alasan tidak menjelaskan bayaran sewa premis / mempunyai tunggakan. Dimaklumkan juga, bahawa pihak penguat kuasa MPK tidak mengadakan sebarang proses budi bicara sebelum tindakan diambil. Apakah prosedur yang sepatutnya diambil oleh pihak yang berkenaan sebelum mengambil tindakan berkenaan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah peranan / bidang kuasa Ahli Majlis yang bertanggungjawab untuk membantu menyelesaikan kes-kes begini sebelum tindakan menyita premis dikenakan kepada para peniaga tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kajian dilakukan oleh pihak MPK sama ada kawasan yang ditawarkan sebagai premis perniagaan berpotensi menjana ekonomi setempat / hanya sebagai tempat Ôhidup segan mati tak mahuÕ?

    Klik jawapan »

165) PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor dan huraikan status terperinci mengenainya perancangan memantapkannya?

    Klik jawapan »

166) YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Bilakah kerajaan akan mengklasifikasikan maklumat berkaitan YBK?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan seterusnya kerajaan dalam isu ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan akan menetapkan suatu pekeliling atau tatacara tentang sumbangan kerajaan kepada mana-mana badan kebajikan terutama yang diwujudkan oleh kerajaan?

    Klik jawapan »

167) HADIAH RM1,000 ANAK MASUK UNIVERSITI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah program ini berjaya merakyatkan ekonomi kepada golongan miskin?

    Klik jawapan »

  2. Berapa ramaikah anak Selangor yang telah mendapat manfaat daripada program ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kerajaan bercadang untuk tidak mengenakan pendapatan RM1,500 sebulan sebagai syarat layak menerima manfaat daripada program ini?

    Klik jawapan »

168) AHLI MAJLIS KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah nama-nama kesemua Ahli-Ahli Majlis yang dilantik di seluruh Negeri Selangor bagi tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah Ahli-Ahli Majlis yang dilantik di seluruh Negeri Selangor mengikut kaum bagi tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah Ahli-Ahli Majlis yang dilantik di seluruh Negeri Selangor mengikut fahaman Parti Politik bagi tahun 2008 & 2009?

    Klik jawapan »

169) PEMULIHAN DAN PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang. Berapakah jumlah peruntukan yang diperlukan untuk projek pemuliharaan dan pembangunan Sg. Klang dan dari sumber mana peruntukan tersebut diperoleh?

  2. Sila nyatakan kawasan yang akan terlibat dalam pelaksanaan projek tersebut dan jadual pelaksanaan projek tersebut dilaksanakan.