Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

51) HUTANG KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila huraikan berapakah jumlah keseluruhan hutang terkumpul Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Pusat sejak 5 tahun yang lalu dan kemukakan perbandingan di antara negeri-negeri yang lain dalam tempoh yang sama ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan butiran terperinci tentang jadual pembayaran balik hutang Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Pusat sejak 5 tahun yang lalu ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan dengan jelas adakah dalam tempoh 2 tahun yang lepas Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memohon pinjaman baru daripada Kerajaan Pusat?

    Klik jawapan »

52) KONTRAKTOR KELAS F (INFRASTRUKTUR)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Adakah pihak kerajaan berpuas hati dengan mutu perkhidmatan kontraktor kelas F atau akan mengkaji semula kontraktor-kontraktor kelas F yang ada di negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan kerajaan untuk memperbaiki lagi mutu perkhidmatan kontraktor kelas F di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

53) JAWATAN DAN PERLANTIKAN KETUA-KETUA KAMPUNG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah kriteria-kriteria yang diguna pakai dalam pemilihan ketua-ketua kampung di Negeri Selangor pada masa kini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah ketua-ketua kampung yang telah dilantik mengikut komposisi kaum dan juga kawasan di dalam Negeri Selangor pada masa kini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perbezaan tugas-tugas dan juga tanggungjawab yang harus dipikul antara jawatan Ketua Kampung dan juga Ahli-Ahli Majlis?

    Klik jawapan »

54) PILIHANRAYA PBT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah status akhir kajian tersebut dan apakah kerajaan negeri bersedia melaksanakan pilihan raya peringkat PBT?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kerajaan negeri setuju dengan kenyataan bahawa pilihan raya itu akan mengurangkan fokus kerja PBT sebaliknya sibuk berpolitik (politicking)?

    Klik jawapan »

55) PROJEK PERUMAHAN BUKIT BOTAK

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan Negeri Selangor bagi membolehkan penduduk-penduduk asal Bukit Botak mampu membuat pinjaman bank dan akhirnya memiliki rumah yang telah lama diidamkan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jaminan kerajaan Negeri Selangor bahawa projek ini akan berjalan mengikut jadual dan layak diduduki pada Mac 2012?

    Klik jawapan »

56) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah kedudukan KUIS berbanding kolej universiti milik kerajaan atau swasta lain di peringkat Malaysia?

    Klik jawapan »

  2. Apakah KUIS mampu untuk bersaing dan meningkat tahap sehingga menjadi universiti penuh?

    Klik jawapan »

  3. Apakah graduan lulusan KUIS menepati kehendak pasaran kerja?

    Klik jawapan »

57) TEMPOH PAJAKAN TAPAK KEDIAMAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapa permohonan lanjutan tempoh pajakan telah dibuat mengikut daerah ?

    Klik jawapan »

  2. Berapa permohonan telah diluluskan oleh pihak pentadbir Tanah mengikut daerah ?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah permohonan di Dun Sg.Pelek dan berapa sudah di lulus setakat ini ?

    Klik jawapan »

58) POLIS BANTUAN MBPJ

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah keberkesanan pasukan polis bantuan yang dibentuk oleh MBPJ bagi menurunkan kadar jenayah dalam kawasan MBPJ dan berapakah jumlah peruntukkan yang digunakan untuk pelaksanaan pasukan polis bantuan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan negeri bagi memastikan kerjasama yang erat dengan pihak polis bagi memantau dan mengurangkan kes jenayah dalam kawasan Selangor?

    Klik jawapan »

59) DADAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Difahamkan bahawa kebanyakan penagih dadah juga terlibat dengan kes jenayah yang lain seperti menyamun, merompak dan sebagainya. Fenomena ini amat membimbangkan kerana keselamatan orang ramai tergugat. Apakah pandangan dan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan pusat pemulihan dadah? Jika tidak, mengapa?

    Klik jawapan »

60) BANTUAN SOKONGAN MUALAF

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Selain bantuan kewangan, apakah bentuk bantuan bersepadu yang lain yang boleh diberikan bagi mempertingkatkan keilmuan dan keimanan saudara baru di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah mualaf yang didaftarkan di seluruh Selangor tahun 2009 dan DUN Meru 2009.

    Klik jawapan »