Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

71) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah pelajar PTRS di Selangor bagi tahun 2009 dan bilangan yang mendapat A dalam SPM 2009 yang lepas?

  2. Apakah ada perancangan untuk dibuka program ini pada PMR dan UPSR dan bila akan dilaksanakan?

  3. Huraikan kriteria pemilihan koordinator PTRS dan nyatakan jumlahnya

72) PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah kecurian pasir yang agak ketara pada waktu ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah yang telah diperoleh oleh Kerajaan sejak pengendalian diserah kepada Semester berbanding sebelum ini di urus oleh Pejabat Daerah dan pihak yang berkaitan?

    Klik jawapan »

73) MASALAH RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan mempunyai peruntukan untuk membaiki rumah pangsapuri kos rendah orang miskin yang bocor memandangkan terdapat rumah-rumah berkualiti rendah mengalami kerosakan serius setelah tamatnya liability defect period?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memelihara pangsapuri-pangsapuri kos rendah?

    Klik jawapan »

74) KERAJAAN NEGERI TELAHPUN MEMBERI KONTRAK KEPADA BEBERAPA SYKT BESAR YANG BERKEMAMPUAN UNTUK KERJA-KERJA PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Apakah nama syarikat besar yang terlibat dalam projek ini dan apakah /kriteria yang menjadikan syarikat ini layak dipilih?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerja-kerja pembersihan tersebut diÕsubÕkan kepada syarikat-syarikat kecil tempatan?

    Klik jawapan »

75) KETUA KAMPUNG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah kerajaan negeri dapat memastikan pelantikan ketua kampung adalah adil dan telus?

76) KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN PEKERJA LADANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri telah mengadakan program bagi meningkatkan taraf pendidikan bagi anak-anak peladang bersama beberapa NGO yang terpilih iaitu Child EWRF dan Tamil Foundation. Bagaimana taraf pendidikan anak-anak pekerja ladang setakat ini, adakah berlaku insiden keciciran?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana kerajaan membantu anak-anak peladang yang berpendidikan universiti mendapatkan pekerjaan sama ada di sektor awam mahupun swasta?

    Klik jawapan »

77) PEMBANGUNAN ICT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah status dan manfaat Projek Pusat Siber Rakyat dan siapakah yang mengendalikannya?

    Klik jawapan »

  2. Setakat ini, bagaimanakah perkembangan projek capaian internet jalur lebar tanpa wayar seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Masih adakah kawasan di Selangor yang masih ketinggalan dari segi penembusan internet?

    Klik jawapan »

78) PELABURAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Berapa peratus kah jumlah pelaburan negeri Selangor menyumbang kepada jumlah ke peratusan pelaburan di Malaysia?

    Klik jawapan »

  2. Apakah 5 bidang utama yang menarik pelaburan masuk di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk mencipta bidang pelaburan bagi memastikan Negeri Selangor kekal sebagai negeri yang paling kompeten dalam usaha untuk menarik pelaburan?

    Klik jawapan »

79) KONSEP BANDAR SELAMAT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan negeri bagi meningkatkan tahap keselamatan dan menurunkan kadar jenayah di Negeri Selangor bawah Kempen ÒKonsep Bandar SelamatÓ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah satu jawatankuasa khas ditubuhkan oleh kerajaan negeri bagi memantau dan memastikan keberkesanan kempen ini dan siapakah anggota-anggota yang dipilih untuk menyertai jawatankuasa tersebut sekiranya ada?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi memasangkan CCTV di kawasan yang kerap berlaku kes jenayah di Selangor dan senaraikan bilangan CCTV yang akan dipasang mengikut PBT.

    Klik jawapan »

80) PRODUK PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah sembilan produk baru pelancongan yang telah dan akan diwujudkan setiap tahun bagi tahun; 2008, 2009, 2010, 2011, 2012?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan yang dikhaskan untuk pelancongan dan pulangan daripadanya bagi 2006-2009?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah unjuran pulangan bagi tahun 2010?

    Klik jawapan »