Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

35) PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah rasionalnya penubuhan Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan DUN yang dimenangi Barisan Nasional?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah wang yang digunakan untuk Pusat Khidmat Masyarakat dan daripada mana dana diperolehi?

    Klik jawapan »

  3. Adakah penggunaan wang untuk program tertentu yang hampir sama dengan program disediakan wakil rakyat kawasan merupakan satu pembaziran wang rakyat?

    Klik jawapan »

36) PENGURUSAN JALAN RAYA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan persekutuan untuk pembinaan dan pengurusan jalan setiap PBT di Negeri Selangor bagi tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah pengiraan peruntukan jalan setiap PBT dan berapakah jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk tahun 2007 dan 2008?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan dan peruntukan untuk menaik taraf jalan di kampung tradisi?

    Klik jawapan »

37) PENGEDARAN DAN PENAGIHAN DADAH DI KAMPUNG BARU

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Pengedaran dan penagihan dadah semakin hari semakin serius di Kampung Baru Sungai Jarom. Terdapat kes bahawa 2 orang pemuda membunuh diri dalam masa sebulan disebabkan dadah. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk perangi dadah?

    Klik jawapan »

38) GERAI-GERAI DI BAWAH PROJEK KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Keadaan gerai-gerai di bawah projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar (PLB) di seluruh negeri Selangor kelihatan amat tidak tersusun dan terlalu daif. Manakala status kepunyaan tanah dan premis tersebut tidak jelas sehingga menimbulkan banyak masalah. Ditambah pula dengan tindakan beberapa peniaga yang membuat ubahsuai premis tanpa sebarang kawalan dan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap isu ini dan bolehkah pihak Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah wang untuk mengubah wajah gerai-gerai ini agar lebih tersusun dan sedap mata memandang.

    Klik jawapan »

39) PESAWAH PADI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pesawah-pesawah padi di Tanjong Karang dan Sabak Bernam bagi mengatasi masalah kos racun padi dan baja padi yang tinggi untuk mengurangkan bebanan kepada pesawah-pesawah berkenaan?

    Klik jawapan »

40) KRISIS EKONOMI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak kilang yang telah ditutup atau dipindah keluar dari negeri Selangor sejak Oktober 2008?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah pekerja yang telah diberhentikan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk membantu mengatasi masalah pengangguran yang dijangka bertambah berikutan krisis ekonomi dunia?

    Klik jawapan »