Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

81) PROGRAM / PROJEK JABATAN PERTANIAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan dan strategi Jabatan Pertanian Negeri bagi menyediakan ruang dan peluang kepada penganggur kesan kegawatan ekonomi di dalam sektor pertanian?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program tanaman secara fertigasi boleh dijadikan satu pakej bantuan bagi membantu penganggur yang berminat di dalam memajukan pertanian?

    Klik jawapan »

82) PROJEK PEMBESARAN SUNGAI RAWANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah status projek pembesaran Sungai Rawang?

    Klik jawapan »

  2. Memandangkan kontraktor berkenaan telah diadu kerana tidak bekerja dengan baik, apakah tindakan susulan kerajaan negeri agar projek tersebut dapat disiapkan?

    Klik jawapan »

83) WABAK DENGGI DAN CHIKUNGUNYA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menangani masalah wabak Denggi dan Chikungunya yang semakin serius sejak akhir-akhir ini?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat meningkatkan kesedaran rakyat untuk sama-sama membanteras tempat-tempat pembiakan vektor penyakit ini iaitu nyamuk Aedes?

    Klik jawapan »

  3. Penularan wabak ini berlaku serius di kawasan bandar, mengapakah ini berlaku?

    Klik jawapan »

84) PEMBINAAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila perjelaskan apakah alasan utama yang menyebabkan cadangan pembinaan bangunan baru SRA Taman Harmoni Sekinchan tergendala sehingga kini selepas pilihan raya 8 Mac yang lalu sedangkan papan tanda lambang BN sudah didirikan sejak tahun 2006?

    Klik jawapan »

  2. Apakah terdapat unsur-unsur sabotaj dari pihak tertentu dalam konteks ini?

    Klik jawapan »

  3. Sila berikan butir-butir tentang keseluruhan kos cadangan asal pembinaan bangunan baru SRA Taman Harmoni Sekinchan dan bilakah ia dijangka siap sepenuhnya?

    Klik jawapan »

85) PERUMAHAN (MASALAH PERUMAHAN TERBENGKALAI)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah kerajaan negeri untuk membantu pembeli-pembeli rumah di projek terbengkalai yang terlalu banyak di negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap pemaju-pemaju perumahan yang tidak langsung mengambil tindakan membaikpulih projek-projek mereka yang terbengkalai sehinggakan pembeli-pembeli rumah tertekan kerana mengalami kerugian besar

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah bilangan projek-projek terbengkalai yang dikenal pasti di seluruh negeri Selangor.

    Klik jawapan »

86) HAK MILIK KEKAL KG. BARU CINA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengikut jejak Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat yang lepas dengan meluluskan Hak Milik Kekal kepada penghuni di Kampung Baru Cina di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Jika Kerajaan Negeri Selangor bercadang berbuat demikian, manakah kawasan atau kampung baru Cina akan diberikan Hak Milik Kekal?

    Klik jawapan »

  3. Adakah premium tanah Hak Milik Kekal sama dengan Hak Pajakan 99 tahun?

    Klik jawapan »

87) PERLOMBONGAN PASIR DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Setakat ini, adakah langkah tersebut efektif ke arah mengawal kecurian pasir di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan pendapatan tambahan yang telah diperolehi oleh Kerajaan Negeri sejak perkara tersebut di atas dikuatkuasakan.

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan mengatasi masalah kepada tanah yang sudah diberikan pajakan untuk melombong tetapi permit perlombongan belum diluluskan, maka tanah tersebut tidak dapat diusahakan untuk memberikan pulangan kepada Kerajaan Neger

    Klik jawapan »

88) MESRA USIA EMAS

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah kesan program Mesra Usia Emas ini terhadap status kewangan Selangor setiap tahun?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah warga emas yang sudah berdaftar dan berapakah wasi yang sudah menikmati manfaat program ini?

    Klik jawapan »

89) HOSPITAL SHAH ALAM

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah masalah yang menyebabkan hingga kini Shah Alam masih belum mempunyai hospital

    Klik jawapan »

  2. Adakah dengan pemerintahan baru Selangor di bawah Pakatan Rakyat menyebabkan Kerajaan Pusat melengah-lengahkan rancangan mendirikan hospital di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan diperlukan bagi mendirikan hospital di Shah Alam?

    Klik jawapan »

90) PELABURAN 2008

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Berapakah nilai pelaburan yang diterima oleh negeri Selangor pada tahun 2008?

    Klik jawapan »