Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

51) MASALAH PENGANGGURAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan statistik penganggur di Negeri Selangor dari bulan Jun 2008 hingga Februari 2009

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

52) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Sejak pemerintahan PR hingga Januari 2009, berapakah rumah ibadat bukan Islam telah diluluskan tanahnya? Sila berikan maklumat terperinci mengikut agama dan PBT.

    Klik jawapan »

53) MASALAH BAU BUSUK DI TAMAN SRI MANJA, PJS 3, PETALING JAYA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam jangka masa pendek, pertengahan dan panjang untuk menangani masalah pencemaran gas hidrogen sulfida dan methane yang keluar daripada tasik lombong di Taman Sri Manja yang kini berada di tahap berbahaya dan mengakibatkan masalah-masalah kesihatan dan keselamatan?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah akan menanggung kos bagi rawatan dan pemulihan untuk kawasan-kawasan yang terjejas?

    Klik jawapan »

  3. Adakah penempatan semula penduduk-penduduk akan dipertimbangkan sekiranya situasi menjadi lebih teruk terutamanya apabila sulfur dioksida mengakibatkan masalah kesihatan dan gas methane mungkin akan mengakibatkan pembakaran dan atau letupan pembakaran?

    Klik jawapan »

54) PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN HERBA DARI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan dan mempromosikan industri herba negeri Selangor di luar Negara

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah perdagangan yang dikenal pasti di dalam industri herba ke luar negara di negeri Selangor bagi 3 tahun yang lepas.

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah kerajaan akan membantu pengeluar-pengeluar produk herba tempatan untuk mencari peluang-peluang perdagangan di luar Negara.

    Klik jawapan »

55) MESYUARAT UNTUK PELANTIKAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA MASJID DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Jabatan Agama Islam Selangor telah memperkenalkan sistem ÔpilihanÕ bagi jawatan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid bagi sesi 2009-2012 untuk semua masjid di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun sebagai pra-syarat pemilihan, ahliahli Kariah sesebuah masjid wajib mengisi ÕBorang Kehadiran Anak Kariah' untuk membolehkan mereka hadir ke Mesyuarat berkenaan. Ini telah menimbulkan kesulitan dan kemarahan di kalangan ahli-ahli Kariah setempat, terutama sekali kariah kawasan luar bandar. Mengapakah prosedur mengisi Borang ini diperkenalkan walaupun ia bercanggah dengan SEKSYEN 2 TAFSIRAN (1), ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 yang memperuntukkan bahawa ÒÉ.Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lainÑÒahli kariahÓ ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kariah masjidÉÓ,

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah ahli Kariah yang mengetahui mengenai Mesyuarat berkenaan tetapi tidak sempat mengisi Borang telah dihalang daripada menghadiri Mesyuarat berkenaan dan mengapakah sebaliknya, mereka yang tinggal jauh dan bukan ahli Kariah sesuatu masjid tetapi telah mengisi Borang tersebut walaupun bercanggah dengan maksud Òahli kariahÓ seperti yang diperuntukkan oleh SEKSYEN 2 TAFSIRAN (1) ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 tersebut dibenarkan menghadiri Mesyuarat berkenaan

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah Pihak Berkuasa Negeri memperkenalkan peraturan tersebut yang bercanggahan dengan ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 dan titah perintah dan kehendak Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan serta menggunakan Masjid sebagai tempat berpolitik.

    Klik jawapan »

56) PENINGKATAN KES JENAYAH

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan bilangan kes-kes jenayah dan jenisnya yang terdapat di Selangor mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah telah dibuat satu kajian khas tentang peningkatan kes-kes jenayah ini dan apakah sebenarnya punca-punca peningkatan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah program-program yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi menangani belia-belia yang terlibat dengan jenayah dan gejala sosial?

    Klik jawapan »

57) KELAS PENGAJIAN AL QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan jumlah sekolah-sekolah KAFA yang berada di Negeri Selangor sehingga tahun 2008 mengikut susunan daerah.

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan jumlah bilangan guru-guru KAFA sepenuh masa dan separuh masa di seluruh Negeri Selangor sehingga tahun 2008

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan jumlah elaun guru-guru KAFA Negeri Selangor secara bandingan dengan Negeri-Negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan

    Klik jawapan »

58) PERUMAHAN PEKERJA ASING

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Masalah tempat tinggal pekerja asing, telah menjadi satu masalah lama yang masih berterusan. Kebanyakan tuan punya kilang yang mengambil pekerja ini menempatkan mereka di mana-mana sahaja tanpa mematuhi apa jua garis panduan. Akibatnya ramai pekerja asing ditempatkan di rumah sewa di sesebuah taman perumahan atau di sesebuah rumah pangsa kos rendah. Keadaan sedemikian menimbulkan pelbagai masalah sosial dan pertelingkahan di antara pekerja asing dan penduduk tempatan. Pekerja asing ini juga hidup dalam keadaan yang tidak selesa kerana majikan memuatkan ramai pekerja dalam satu rumah sewa demi menjimatkan kos. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mendesak para majikan pekerja asing ini, agar mereka ditempatkan di tempat yang khusus, selesa dan tidak mewujudkan masalah kepada penduduk setempat.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk membentuk suatu garis panduan, yang boleh diikuti oleh semua tuan punya kilang supaya majikan hanya dibenarkan mendirikan kilang,memulakan pembuatan jika dia menyediakan satu perumahan atau asrama yang sesuai dan selesa untuk para pekerja asing nya

    Klik jawapan »

59) PROJEK DI SUBANG JAYA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan projek yang diperuntukkan oleh bajet tahun ini bagi tujuan menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam di Subang Jaya

    Klik jawapan »

  2. Berikan butir-butir projek yang terlibat.

    Klik jawapan »

60) KEGAWATAN EKONOMI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Sejauh manakah terjejasnya sektor perindustrian di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah kilang-kilang yang terpaksa ditutup?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi meringankan beban yang dialami pekerja?

    Klik jawapan »