Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

201) AGAMA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Kita sering mengkritik tentang pelbagai dasar dan program yang kurang memuaskan dari segi prestasi, tetapi apakah program yang dilaksanakan di Masjid mencapai prestasi. Apakah KPI yang dilaksanakan untuk mengukur program Ð program di Masjid?

    Klik jawapan »

  2. Menurut Almarhum Prof. Ismail al-Faruqi, apabila masjid di bina, ia tidak lagi menjadi hak kepada orang atau golongan yang membinanya. Pemiliknya secara literal ialah Allah s.w.t. ini bererti secara literal juga tiada sesiapapun, sama ada individu atau kumpulan tertentu yang berhak untuk menguasai masjid sebagai Medan untuk menguasai masyarakat. Persoalannya, kenapa wujud penyalahgunaan kuasa, tiada ketelusan dalam pelantikan AJK masjid di sekitar Selangor sehingga ada laporan polis dibuat?

    Klik jawapan »

  3. Terdapat khatib yang membaca khutbah tidak berdasarkan teks yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kenapa perkara sebegini boleh wujud? Mohon penjelasan

    Klik jawapan »

202) BANTUAN KEPADA PELAJAR UNISEL

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut


  1. Tahun ini beberapa pelajar akan berjaya memasuki UNISEL. Dari bilangan ini berapa peratus adalah anak negeri Selangor dan di antara mereka berapa banyak yang menerima bantuan kewangan untuk menanggung pembelajaran mereka?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan sumber bantuan mereka

    Klik jawapan »

203) PENUBUHAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapa belia yang sudah menyertai Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan apakah peranan mereka?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan yang diberi kepada PeBT?

    Klik jawapan »

204) PUSAT RAWAT DAN REHAT (R&R)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bilakah pihak Kerajaan Negeri akan membina sebuah kawasan Rawat dan Rehat (R&R) di Jalan Persekutuan 5 peringkat daerah Sabak Bernam dan nyatakan apakah matlamatnya

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan berapakah keluasan tanah dan anggaran kos untuk pembinaan R&R tersebut

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan pihak manakah yang dipertanggungjawabkan untuk membina R&R tersebut.

    Klik jawapan »

205) KELAS TUISYEN PERCUMA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah dapat mengadakan kelas-kelas tuisyen percuma kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Berapakah jumlah peruntukan disediakan bagi kelas-kelas tuisyen tersebut

    Klik jawapan »

  2. Setakat ini berapakah jumlah kelas dan pelajar yang mengikuti kelas tersebut

    Klik jawapan »

  3. Hingga soalan ini dibuat sudah 3 bulan kelas berjalan, mengapakah hingga kini elaun pengajar dan penyelaras belum lagi dibayar?

    Klik jawapan »

206) SIASATAN SALAHLAKU KES-KES TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah prosedur yang ada di dalam Kerajaan Negeri bagi menyiasat pelbagai dakwaan salah laku yang melibatkan kes-kes tanah di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

207) KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk melantik Yang Di Pertua Majlis Perbandaran dan Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah daripada kalangan bukan Melayu?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah-jumlah pengarah-pengarah di setiap Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di seluruh Negeri Selangor dari segi komposisi kaum?

    Klik jawapan »

208) PENGANGKUTAN AWAM SHAH ALAM

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Bandaraya Shah Alam menjadi ibu negeri Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi malangnya kemudahan pengangkutan awam adalah amat mendukacitakan . Sebagai contohnya penduduk di kawasan perumahan utara Shah Alam, U6,U10,U9 Shah Alam tidak mempunyai perkhidmatan bas yang menyeluruh . Syarikat bas yang sedia ada gagal melalui semua laluan dengan kepadatan penduduk yang bertambah . Apakah rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengkoordinasi perkhidmatan bas dengan syarikat-syarikat bas swasta?

    Klik jawapan »

209) DATO’ BANDAR DAN YDP PBT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Malaysia adalah antara segelintir negara demokrasi yang melantik kakitangan awam untuk menerajui kerajaan tempatan sebagai DATO' Bandar dan YDP PBT. Amalan ini bercanggah dengan prinsip demokrasi kerana kakitangan awam adalah pelaksana dasar dan bukan peneraju penggubalan dasar kerajaan. Selaras dengan usul yang telah diluluskan oleh Sidang DUN agar Kerajaan berusaha memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan. Apakah langkah-langkah yang sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi kepincangan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah halangan atau sekatan di segi undang-undang dan peraturan Kerajaan Pusat yang menghalang Kerajaan Negeri melantik DATO' Bandar dan YDP PBT bukan di kalangan kakitangan awam?

    Klik jawapan »

  3. Jika tiada sebarang halangan undang-undang, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk melantik DATO' Bandar dan YDP PBT bukan di kalangan kakitangan awam?

    Klik jawapan »

210) HUTAN LIPUR DAERAH HULU LANGAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan dan peruntukan kerajaan Selangor dalam membangunkan kawasan Hutan Lipur di Daerah Hulu Langat sebagai pusat eko-pelancongan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat yang dikeluarkan kepada syarikat pengurusan hutan lipur Sg. Congkak, Hulu Langat?

    Klik jawapan »