Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

71) PENGAWALAN PEMBAKARAN SECARA TERBUKA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam mengawal pembakaran secara terbuka sejak tahun 2008?

    Klik jawapan »

  2. Sila maklumkan jumlah kes-kes pembakaran secara terbuka mengikut daerah mulai Jan 2008 hingga Jun 2009.

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan sebab-sebab pembakaran secara terbuka tidak dapat dikawal.

    Klik jawapan »

72) SUKAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam melahirkan bakat-bakat baru dan memperkasakan sukan negeri.

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang dipertanggungjawabkan dalam pengurusan badminton di negeri Selangor dan apakah perancangan dalam melahirkan bakat-bakat baru sukan badminton

    Klik jawapan »

73) SISTEM KOMUNIKASI JALUR LEBAR DAN PERANCANGA PEMBANGUNAN SEIMBANG PELABUHAN KLANG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Selain industri perkapalan dan pelabuhan sebagai pintu masuk utama negara, Pelabuhan Klang juga sesuai dimajukan sebagai kawasan di mana sistem komunikasi jalur lebar diperluaskan untuk tarikan kepada peniaga dan usahawan yang terlibat dalam aktiviti import dan eksport. Adakah Kerajaan Negeri membuat pelaburan ke atas sistem ICT dan komunikasi untuk jaringan hubungan yang lebih maju, hebat dan pesat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha dan pembangunan mapan yang seimbang di dalam perancangan Kerajaan untuk menjadikan Pelabuhan Klang kawasan yang maju serta berdaya saing kerana kawasan ini terkenal dengan industri perkapalan serta pelabuhan utama negara?

    Klik jawapan »

74) PEMBAKARAN TERBUKA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang telah, sedang dan bakal diambil pada mereka yang membakar tanah mereka dan tanah orang lain bagi tujuan pertanian yang menyumbang kesan jerebu hampir setiap bulan

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah pembakaran tanah pertanian oleh pendatang asing yang didalangi oleh rakyat tempatan seperti berlaku di Kampung Johan Setia, Klang?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah pengambilan balik tanah oleh Kerajaan Negeri akan dimulakan dari pemilik tanah yang ingkar melakukan salah guna tanah ini dan berapa luas anggaran kawasan yang terlibat?

    Klik jawapan »

75) PERUNTUKAN ADUN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 500 ribu untuk Ahli Dewan Undangan Negeri. Namun terdapat perubahan kaedah penyaluran peruntukan. Sebelum ini Pejabat Daerah dipertanggungjawabkan membayar terus kepada pembekal. Namun kini ia telah diubah dengan wang peruntukan disalurkan oleh pejabat Daerah kepada Pusat Perkhidmatan DUN, dan Pusat tersebut yang membayar kepada pembekal. Apakah rasional perubahan ini?

    Klik jawapan »

76) BANJIR KILAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Banjir kebiasaannya berlaku ketika musim tengkujuh. Tetapi banjir kilat terjadi pada bilabila masa dan sering terjadi akibat hujan lebat. Keadaan menjadi lebih buruk akibat saliran air tidak di selenggara dengan baik. Mengapakah sistem saliran dan perparitan tidak diselenggarakan dengan teratur di kawasan bandar dan di penempatan kampung tradisional?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan khusus Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku ini?

    Klik jawapan »

77) BELIA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peluang-peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan yang telah disediakan kepada belia-belia anak Selangor?

    Klik jawapan »

  2. b) Berapakah jumlah belia-belia di negeri Selangor yang telah mendapat pekerjaan?

    Klik jawapan »

78) BANTUAN ASNAF OLEH LZS

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Antara asnaf yang layak menerima zakat sepertimana yang dinyatakan di dalam Al QurÕan Surah At Taubah ayat 60 adalah Ar Riqab dan Fi Sabilillah. Ar Riqab dari segi bahasa bermaksud Hamba manakala Fisabilillah pula bermaksud mereka yang berjuang di jalan Allah. Memandangkan sistem perhambaan sudah lama pupus bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia. Apakah takrifan terkini kepada Ar Riqab dalam konteks asnaf yang boleh dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor dan apakah seorang pelacur yang dibela oleh bapa-bapa ayam boleh dianggap berada di dalam kategori ini bagi membebaskan dia dari cengkaman dan penganiayaan yang diterima persis seorang hamba?

    Klik jawapan »

  2. Apakah seorang pelajar dari keluarga yang berkemampuan berhak menerima wang zakat di bawah kategori Fisabilillah sepertimana isu yang pernah ditimbulkan oleh UMNO Terengganu sewaktu PAS memerintah negeri Terengganu dari tahun 1999- 2004.

    Klik jawapan »

79) KOLAM UDANG DI ASSAM JAWA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Siapakah hak milik tanah diberikan dan siapakah penternak udang dan apakah pelaburan nya?

    Klik jawapan »

  2. Sudahkah tindakan diambil untuk keluarkan sungai dan rizabnya dari hak milik yang diberi? Adakah cukup tanah di rizabkan untuk pembangunan di kawasan untuk rizab sungai bagi jeti, gerai-gerai perniagaan hasil laut, kampung tersusun nelayan dan kolam pancing ikan?

    Klik jawapan »

80) AGAMA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Dalam usaha memperbaiki kualiti pentadbiran dan pengurusan masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor. Adakah senarai nama Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau yang ditauliahkan oleh pihak JAIS bermula dari Jun 2009 berdasarkan senarai sebenar seperti yang di cadang/diputuskan oleh Mesyuarat Agong Tahunan setiap masjid dan surau berkenaan seperti yang telah diadakan?

    Klik jawapan »