Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

121) PERUMAHAN RAKYAT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut


  1. Penyediaan perumahan yang selesa dan mampu milik adalah keutamaan dan menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap rakyat Selangor mendapat kediaman sendiri. Apakah status penyediaan perumahan kos rendah, sederhana dan mewah mengikut daerah dan adakah ia mencukupi?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkenalkan skim khas bagi membantu pasangan muda memperoleh rumah mereka sendiri?

    Klik jawapan »

122) LESEN HIBURAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah lesen hiburan yang telah diluluskan sepanjang tahun 2008 - 2009 kawasan PBT MPK Klang ?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah kompaun / rampasan yang telah dilakukan sepanjang tahun 2008/2009, premis yang menyalahi peraturan Enakmen Hiburan PBT di MPK ?

    Klik jawapan »

123) PERTANIAN ( SAWAH PADI )

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah ancaman Ò Siput Gondang Ò telah merosakkan tanaman padi di kawasan Sungai Burong?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan keluasan sawah dan bilangan petani yang tanaman padi mereka telah terjejas oleh ancaman Siput Gondang?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk membantu petani-petani berkenaan?

    Klik jawapan »

124) SKIM PERUMAHAN RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Sila jelaskan ke manakah arah tuju bantuan perumahan rakyat berpendapatan rendah di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah rakyat yang memerlukan skim perumahan rakyat ini?

    Klik jawapan »

125) DASAR-DASAR UNTUK MEMBELA HAK KEAGAMAAN YANG BUKAN ISLAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar-dasar yang dicadangkan oleh kerajaan untuk membela hak keagamaan yang bukan Islam

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukkan dari Kerajaan Negeri yang telah diberi kepada setiap agama?

    Klik jawapan »

126) MEMPERKASAKAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA DI BAWAH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah pencapaian perancangan kerajaan setakat ini

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan bersedia untuk mengintegrasikan lebih banyak lagi Sekolah-sekolah Rendah Agama sebagai satu alternatif.

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan seterusnya mengenai penubuhan Sekolah Menengah Agama Teknik

    Klik jawapan »

127) PERKHIDMATAN BAS AWAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Fasiliti perkhidmatan bas awam di kawasan Pelabuhan Klang yang tidak digunakan sepenuhnya. Apakah usaha yang diambil oleh pihak PBT ke atas stesen bas di Pelabuhan Klang yang tidak berfungsi sepenuhnya mengakibatkan kerugian pelaburan Kerajaan Negeri untuk kawasan tersebut.

    Klik jawapan »

128) PELABURAN ASING (MENGENALPASTI JUMLAH PELABURAN ASING DI NEGERI SELANGOR)

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Memandangkan Negeri Selangor adalah sebuah negeri maju, banyak pelabur-pelabur asing dikenal pasti berminat membuat pelaburan di negeri ini. Berapakah jumlah pelaburan asing yang dibuat oleh pelabur-pelabur asing setakat ini dan apakah pecahan pelaburan asing mengikut negara di Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pelaburan-pelaburan asing ini.

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah strategi dan peranan Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat Negeri Selangor dapat menikmati manfaat terus daripada pelaburan asing ini, dari segi peluang ekonomi dan pekerjaan.

    Klik jawapan »

129) HUB-PENDIDIKAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan berhasrat menjadikan Selangor sebagai Hub Pendidikan dan salah satu program yang dilancarkan ialah Jejak Ilmuwan dan Tunas Ilmuwan. Apakah strategi, pendekatan dan program-program untuk memantapkan Selangor sebagai Hub Pendidikan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kemajuan program Jejak Ilmuwan dan siapakah tokoh-tokoh ilmuwan Selangor yang telah dikenal pasti?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kemajuan program Tunas Ilmuwan dan sekolah manakah yang telah dikenal pasti dan terlibat melaksanakan program ini?

    Klik jawapan »

130) NURSERI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Nurseri adalah antara tempat awal dan penting untuk mendidik generasi masa hadapan. Berapakah jumlah nurseri di Negeri Selangor mengikut daerah dan apakah mekanisme untuk mengawal kewujudannya?

    Klik jawapan »

  2. Sebagai kerajaan yang prihatin, adakah kerajaan memberi apa-apa bentuk bantuan kepada nurseri-nurseri tersebut?

    Klik jawapan »