Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

131) KEPADATAN PENDUDUK BANDAR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan berapakah peratus kepadatan penduduk di bandar pada ketika ini jika dibandingkan dengan 20 tahun yang lalu?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan berapa peratuskah unjuran kepadatan penduduk di bandar pada 10 tahun akan datang mengikut pecahan kaum?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan rakyat Negeri Selangor khususnya yang tinggal di luar bandar gemar berhijrah ke bandar?

    Klik jawapan »

132) RUMAH-RUMAH IBADAT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kesemua rumah-rumah ibadat dan apakah nama-nama mereka mengikut komposisi agama di Negeri Selangor ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah rumah-rumah ibadat tersebut yang mempunyai hak milik tanah kekal dan juga yang tidak mempunyai hak milik berdaftar?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah bantuan kewangan yang telah diberikan kepada rumah-rumah ibadat ini mengikut komposisi agama?

    Klik jawapan »

133) MENAIKTARAF PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Rakyat mengalu-alukan cadangan pihak kerajaan, mengadakan peruntukan bagi memperbaiki lif-lif di pangsapuri-pangsapuri kos rendah. Bilakah cadangan tersebut dapat dilaksanakan?

  2. Adakah kerja-kerja menceriakan pangsapuri seperti membersih serta mengecat akan termasuk dalam usaha kerajaan memperbaiki keadaan pangsapuri kos rendah yang ada?

    Klik jawapan »

134) PERLUKAN DEWAN KONVENSYEN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Semasa YAB Menteri Besar Selangor melancarkan `Bangi Bandar Ilmu` pada 22 Jun 2008 Dato` Menteri Besar bersetuju akan perlunya wujud Dewan Konvensyen serba guna di Bandar Baru Bangi. Sejauh manakah Dewan Konvensyen ini diberi perhatian dan diambil tindakan?

    Klik jawapan »

  2. Setujukah sebuah tapak sesuai di tepi Tasik Cempaka diperuntukkan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah pihak PKNS bersetuju mendirikan Dewan Konvensyen ini?

    Klik jawapan »

135) SOKONGAN ADUN PR Ð PROJEK PBT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Surat sokongan secara wajib oleh ADUN PR semasa permohonan projek PBT atau projek Kerajaan Negeri. Adakah keadaan birokrasi ini akan menyebabkan salah guna kuasa di kalangan ADUN PR?

  2. Adakah sokongan oleh ADUN PR lebih penting daripada prestasi kontraktor tersebut?

136) PERUMAHAN (MASALAH PERUMAHAN TERBENGKALAI)

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Kebelakangan ini terdapat terlalu banyak projek perumahan yang terbengkalai di dalam Negeri Selangor. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap pemaju-pemaju perumahan yang terlibat supaya hak dan kepentingan pembeli-pembeli rumah projek terbengkalai ini terpelihara

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri untuk membantu pembelipembeli rumah di projek terbengkalai di Negeri Selangor ini.

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah bilangan projek-projek terbengkalai yang dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor sehingga kini.

137) PENDIDIKAN TINGGI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah kedudukan akademik UNISEL berbanding universiti terbaik di peringkat Malaysia, serantau dan dunia?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan dan hala tuju Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) untuk masa hadapan?

    Klik jawapan »

138) SUMBER AIR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah perjanjian antara Kerajaan Selangor dengan Kerajaan Persekutuan dalam Projek Pengangkutan Air Mentah dari Negeri Pahang?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Selangor mengenakan cas ke atas laluan pengangkutan air Projek tersebut dan mengenakan pampasan akibat daripada penebangan pokok-pokok di hutan simpanan dan gangguan terhadap habitat hidupan liar?

    Klik jawapan »

  3. Adakah proses kajian impak alam sekitar, sosio-ekonomi, sosio-budaya disediakan dalam projek tersebut dan apakah mekanisme pemantauan pelaksanaannya

    Klik jawapan »

139) ZAKAT

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Zakat telah dikutip dan diagihkan kepada mereka yang miskin. Kami mendapat beberapa aduan bahawa ada yang layak tidak dapat bantuan dan ada yang masih memerlukannya tidak disambungkan bantuan tersebut. Bertanya kepada Y.A.B Dato' Menteri Besar : a) Senaraikan jumlah dan jenis bantuan zakat yang diagihkan kepada mereka yang memerlukannya

    Klik jawapan »

  2. Apakah kelulusan pegawai-pegawai zakat yang dihantar untuk menyiasat dan memastikan kelayakan seseorang itu?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan pegawai-pegawai zakat apabila menerima rayuan untuk mengkaji semula keputusan pemberhentian bantuan?

    Klik jawapan »

140) OKU

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah warga OKU yang telah berdaftar dengan PBT untuk perkhidmatan tempat letak kereta percuma di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha yang telah diambil oleh semua PBT dari Mac 2008 sehingga kini untuk memperbaiki infrastruktur dan kemudahan untuk OKU?

    Klik jawapan »