Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

231) PENGAMBILALIHAN INDUSTRI AIR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terbaru rundingan pengambilalihan industri air di Selangor dan sama ada kerajaan berhasrat untuk mengekalkan tawaran harga sebelum ini untuk meneruskan rundingan?

    Klik jawapan »

232) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menambah baik pengangkutan awam di negeri Selangor terutamanya di kawasan bandar di Lembah Klang terutamanya Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah halangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri untuk memulakan servis pengangkutan awam seperti bas di semua PBT?

    Klik jawapan »

233) STRATA TITLE

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. PKNS tidak mengeluarkan strata title walaupun projek rumah pangsa kos rendah sudah siap untuk diduduki dan sudah pun melebihi 10 tahun. Berapakah projek pembangunan yang disiapkan untuk diduduki tetapi belum diberikan strata title?

    Klik jawapan »

  2. Mengapa proses ini sangat lambat?

    Klik jawapan »

234) GEMPA BUMI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Kebelakangan ini, banyak negara jiran telah pun mengalami gempa bumi yang agak serius. Terdapat beberapa tempat di Negeri Selangor juga mengalami gegaran akibat gempa bumi di negara jiran. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya rakyat Negeri Selangor terhadap gempa bumi?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah pencegahan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap gempa bumi?

    Klik jawapan »

235) PENDAFTARAN KONTRAKTOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini usaha pendaftaran kontraktor-kontraktor dan pembekal-pembekal oleh kerajaan Selangor dan berapa ramai kontraktor dan pembekal kredibel yang telah didaftarkan oleh kerajaan sehingga sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah kerajaan akan bermula mengguna kontraktor-kontraktor ini?

    Klik jawapan »

236) HOTEL MILIK KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan hotel yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Ulaskan prestasi hotel-hotel ini daripada segi hasil pendapatan

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi keadaan hotel yang tidak menguntungkan?

    Klik jawapan »

237) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pendapatan dan perbelanjaan untuk tiga tahun yang lalu dan setakat tahun ini.

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk sumbangan kepada rakyat hasil yang diperoleh dalam jangka masa tersebut.

    Klik jawapan »

238) BUKU PANDUAN UNTUK MENJUAL ARAK DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk menjual arak di Selangor

    Klik jawapan »

239) MASALAH PENGGANGGURAN SISWAZAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan butiran terperinci jumlah siswazah IPTA/IPTS yang menganggur selepas tamat pengajian dari tahun 2007 hingga bulan Jun 2009 mengikut pecahan kaum?

  2. Adakah pihak kerajaan telah mengenal pasti punca utama yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku dan pendekatan untuk mengatasinya?

  3. Sila nyatakan setakat tahun 2007 hingga bulan Jun 2009, berapakah jumlah peluang pekerjaan telah disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk para siswazah?

240) HAKMILIK TANAH BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH TAMIL

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah nama Sekolah-sekolah Rendah Tamil di Negeri Selangor yang tidak mempunyai hak milik Tanah yang kekal?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah Sekolah-sekolah Tamil tersebut sehingga ke hari ini masih belum mempunyai hak milik tanah yang kekal?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan hak milik tanah yang kekal pada masa akan datang kepada Sekolah-sekolah Rendah Tamil yang tidak memiliki status hak milik tersebut?

    Klik jawapan »