Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

101) MASALAH PENDUDUK DI KAMPUNG KUALA AMPANG

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Minta penjelasan berkenaan percanggahan antara Warta Kerajaan No 2214 bertarikh 2hb Disember 2004 yang menetapkan agar tanah lapang di situ diletakkan bawah kawalan SUK Selangor dengan status UKRC (Ulu Klang Recreation Club) yang telah diberi kelulusan untuk mengawal selia tanah lapang tersebut bagi tujuan Dewan Komuniti dan Kelab dan Padang Bola sepak oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 12hbJulai 1958

  2. Minta penjelasan tentang kelulusan lesen T.O.L secara berterusan bagi premis-premis perniagaan di bahu Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2) walaupun sering berlakunya kemalangan di kawasan tersebut.

  3. Minta penjelasan tentang kawasan rizab sungai di setiap lorong yang telah di pagar oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha untuk mendapatkan hak milik

    Klik jawapan »

102) PENSWASTAAN TEMPAT LETAK KERETA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan tempoh dan syarat-syarat perjanjian dengan PBT dan memberi maklumat yang selanjutnya

  2. Adakah syarikat-syarikat swasta ini berhutang dengan PBT dan berapa jumlah keseluruhannya?

  3. Adakah tawaran istimewa akan diberikan untuk kompaun letak kereta?

103) PERTANIAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut


  1. Pernahkah ahli-ahli dari Jabatan Pertanian mengkaji geografi Selangor dan tanahnya serta menetapkan bidang-bidang tanah yang sesuai untuk memelihara ternakan, kerja kebun atau tanam tanaman? Nyatakan luasnya dan lokasinya tanah-tanah tersebut dan status tanah ini

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah pengusaha tempatan ataupun asing boleh mengambil peluang mengerjakan tanah tersebut. Jelaskan badan-badan yang sedia ada yang berupaya menolong mereka

    Klik jawapan »

  3. Dari 2000 hingga 2007, berapakah pengusaha-pengusaha yang telah melabur di bidang pertanian ladang/ternakan?

    Klik jawapan »

104) AIR PERCUMA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Sepertimana telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Dato Menteri Besar bahawa pada 01/06/08 semua pengguna meter individu akan diberikan 20 meter padu pertama air percuma. Adakah perjanjian yang ditandatangani pada 07/04/08 oleh Kerajaan terdahulu dengan Syabas akan memberikan sebarang kesan ke atas perancangan Kerajaan Negeri sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah perjanjian tersebut harus ditandatangani dengan tergesa-gesa sedangkan pegawai berkaitan sedar pilihan raya umum masih dalam tempoh berkempen?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kandungan utama perjanjian tersebut?

    Klik jawapan »

105) ISU GEJALA SOSIAL

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Apakah jaminan kerajaan dalam mengurangkan gejala sosial yang berlaku di kalangan belia dengan tidak menambah pusat hiburan dan pusat permainan yang berunsurkan judi tidak berlaku di Negeri Selangor dan perancangan kerajaan dalam menggerakkan belia Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

106) PEMASANGAN LAMPU JALAN DI SEMENYIH-BERANANG

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Adakah memasang lampu jalan di sepanjang jalan besar lekas hingga jalan enam kaki Beranang termasuk dalam bajet dan perancangan PBN untuk memajukan negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Adakah peruntukan disediakan oleh PBN untuk memasang lampu jalan di lorong-Iorong kampung dan taman-taman yang bertujuan untuk mengelakkan kadar jenayah yang tinggi di Semenyih?

    Klik jawapan »

107) KEWUJUDAN TASKA DAN TASKI KAWASAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Terdapat banyak TASKA dan TASKI wujud di Negeri Selangor khususnya di taman-taman perumahan dan di bandar-bandar baru. Adakah pihak kerajaan negeri mempunyai data bilangan TASKA dan TASKI yang berdaftar secara sah di Negeri ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan Negeri mengiktiraf TASKA dan TASKI yang beroperasi secara tidak sah?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kanak-kanak yang belajar di TASKA dan TASKI yang beroperasi secara tidak sah akan menerima sumbangan dari kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

108) PROJEK PEMINDAHAN SETINGGAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah masalah setinggan masih belum selesai hingga kini? Sedangkan banyak projek-projek perumahan untuk pemindahan setinggan giat dijalankan. Adakah jumlah rumah-rumah projek pemindahan ini masih belum mencukupi berbanding dengan setinggan-setinggan yang masih ada ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah rumah-rumah ini diberikan kepada mereka yang layak menerimanya?

    Klik jawapan »

109) TEMPAT LETAK KERETA MAJLlS PERBANDARAN KAJANG (MPKj)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Adakah pihak MPKJ telah menandatangani apa-apa perjanjian dengan mana-mana pihak mengenai sistem letak kereta berbayar dan dengan pihak manakah perjanjian tersebut dibuat serta jangka masa perjanjian tersebut yang telah dipersetujui?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan anggaran keuntungan yang diperolehi dan bagaimanakah cara keuntungan tersebut dibahagikan

  3. Adakah wajar kawasan kampung seperti di kampung Baru Batu 11 Cheras, kawasan perumahan Tanming Jaya Balakong diadakan sistem letak kereta berbayar?

    Klik jawapan »

110) KEKURANGAN BEKALAN AIR DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan jumlah 'reservoir' di dalam negeri dan kapasiti untuk setiap resevoir

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan jumlah air yang dibekalkan setiap bulan lima tahun yang lalu dan bila dalam jangkamasa tersebut terdapat kekurangan bekalan air

    Klik jawapan »

  3. Adalah dijangkakan bahawa kekurangan air akan berlaku kerana penggunaan air yang lebih tinggi dan kekurangan hujan (Kemarau) dalam suku ketiga tahun 2008: i. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil untuk meghadapi kekurangan ini? ii. Adalah langkah-Iangkah diambil untuk mengkaji sumber bekalan air alternatif untuk Negeri Selangor? iii. Adalah difahamkan bahawa satu punca altenatif untuk pembekalan air akan dibekalkan dari Negeri Pahang. Disebaliknya, adalah difahamkan bahawa bekalan air dari Negeri Perak adalah lebih murah, bahkan sempadan Negeri Perak adalah lebih dekat. Oleh demikian pembekalan air melalui paip adalah lebih murah dan efisyen. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil untuk mermberi timbangan mengenai punca alternatif dari Negeri Perak?

    Klik jawapan »