Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

131) PENAJA PASAR MALAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan dasar ÓPenaja Pasar MalamÓ yang dilaporkan menindas peniaga-peniaga pasar malam menerusi caj penyewaan tapak dan beberapa kos lain yang membebankan?

    Klik jawapan »

132) KERETA RASMI EXCO

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan keseluruhan usia kereta rasmi Exco Negeri Selangor mutakhir ini mengikut susunan portfolio.

    Klik jawapan »

  2. Sila huraikan butiran terperinci jumlah keseluruhan kos penyelenggaraan kereta rasmi Exco mengikut susunan portfolio sejak tahun 2004 hingga 2008.

    Klik jawapan »

  3. Adakah pihak Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi kereta rasmi Perdana V6 Executive dari aspek keselamatan, ekonomik dan menepati dasar perbelanjaan berhemah ?

    Klik jawapan »

133) BANCIAN ATAU AUDIT SEMULA TERHADAP PENGHUNI-PENGHUNI RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang menjalankan bancian atau audit semula terhadap penghuni-penghuni rumah kos rendah untuk memastikan rumah-rumah ini didiami mereka yang berkelayakan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan bercadang membina lebih banyak lagi rumah kos rendah dan rumah mampu milik di Petaling Jaya?

    Klik jawapan »

134) PREMIUM TANAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Terdapat penduduk kampung yang kehilangan tanah kerana tidak mampu untuk membayar premium tanah. Apakah langkah-langkah kerajaan bagi mengatasi kes seperti ini?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan maklumat terperinci tunggakan cukai tanah mengikut pecahan daerah (jumlah, kategori tanah) dan apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi mengatasi fenomena ini?

    Klik jawapan »

135) TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SG. SEDU, KUALA LANGAT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Tapak pelupusan sisa pepejal Sungai Sedu, Kuala Langat hanya dapat menampung sampah sehingga akhir tahun ini sahaja. Sebelum ini, Hutan Simpanan Kuala Langat Selatan yang telah dicadangkan untuk dijadikan tapak pelupusan sisa pepejal telah pun menerima bantahan daripada pihak tertentu. Jika kerajaan negeri masih gagal mendapatkan tempat yang sesuai untuk menggantikan tapak tersebut, bagaimanakah kerajaan akan menguruskan hal ini?

  2. Selain daripada menimbus sampah dengan tanah, adakah cara-cara lain yang moden untuk menguruskan sampah-sarap dengan berkesan tanpa pencemaran?

136) PENGGUNAAN DAN PERKEMBANGAN BAHASA TAMIL DAN CINA (MANDARIN) KE ATAS SEMUA PAPAN TANDA DI TEMPAT-TEMPAT AWAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah semua papan tanda di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang terletak di atas tanah Negeri Selangor tidak mempunyai dan menggunakan Bahasa Tamil?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memaksa Kerajaan Persekutuan untuk mengaplikasikan pemakaian Bahasa Tamil dalam papan tanda di KLIA tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mengesan di mana tempat-tempat awam yang sepatutnya menggunakan papan tanda dalam Bahasa Tamil seperti di Hospital dan Pejabat-Pejabat Kerajaan di mana Kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Barisan Nasional tidak peka dan seolah-olah meminggirkan penggunaan Bahasa Tamil seperti yang terjadi di KLIA?

    Klik jawapan »

137) DASAR KEBAJIKAN KERAJAAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Jumlah sumbangan yang diberi kepada persatuan kebajikan seperti rumah anak yatim atau rumah orang cacat. Nyatakan secara terperinci jenis sumbangan yang dihulurkan kepada setiap badan kebajikan

    Klik jawapan »

  2. Sama ada kerajaan menyemak semula akaun dan aktiviti-aktiviti persatuan kebajikan setiap tahun

    Klik jawapan »

  3. Adakah kempen menyumbangkan beras kepada masyarakat pada bulan Jun dan Julai 2008 ini dapat membasmikan kemiskinan? Sila nyatakan kebaikan dan kelemahan kempen ini.

    Klik jawapan »

138) KILANG HARAM DI KAWASAN DUN SUBANG JAYA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan kilang-kilang haram yang terletak di dalam kawasan dun Subang Jaya dan berikan butir-butir seperti lokasi, keluasan dan tarikh pembinaan.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini?

    Klik jawapan »

139) INDUSTRI SURIA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Dengan peningkatan kos tenaga di seluruh dunia, alternatif lain perlu difikirkan bagi mengatasi masalah tersebut. Tenaga suria yang banyak patut dieksploitasi bagi pembekalan tenaga dan penggunaannya secara meluas. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam hal penggunaan tenaga suria bagi mengatasi kos tinggi bekalan tenaga sedia ada?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan dalam belanjawan 2009 dicadang akan diberikan kepada industri suria daripada peringkat kajiian sehingga mampu menjadi salah satu unsur bekalan tenaga?

    Klik jawapan »

140) SELANGOR LULUS MANSUH ISA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Selangor merupakan kerajaan negeri pertama di Malaysia yang membawa, membahas dan seterusnya meluluskan usul agar akta zalim ISA dimansuhkan. Langkah ini sekali gus meningkatkan usaha menentang akta zalim ISA daripada hanya dilakukan oleh NGO seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) kepada satu usaha yang dimainkan oleh sebuah kerajaan negeri. Ekoran daripada pencapaian ini. Apakah program-program khas yang diluluskan sehingga kini oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor dalam meningkatkan lagi kempen menentang akta zalim ISA terutama programprogram penerangan serta pendidikan kepada rakyat khususnya yang melibatkan pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di bawah akta zalim ISA?

    Klik jawapan »

  2. Adakah peruntukan-peruntukan kewangan khas yang dikeluarkan bagi merancakkan lagi kempen-kempen menentang akta zalim ISA di peringkat DUN dan Parlimen dalam negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri Selangor boleh memberi peruntukan kewangan bagi menjayakan kempen menentang akta zalim ISA kepada NGO seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

    Klik jawapan »