Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

71) PERIHAL TAPAK PENYISIHAN PEPEJAL DI MUKIM JERAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Pembinaan Pusat Penyisihan Sisa Pepejal Sanitary Landfield yang dibina di Ladang Tuan Mee ( Jeram Estate ) di Mukim Jeram bagi Bahagian Barat Laut Selangor menjadi bahan kritikan, kempen popular dan bantahan Kerajaan Negeri sekarang sepanjang Pilihan raya Umum lalu. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk menutup atau memindahkan pusat sampah berkenaan ke tempat lain?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai idea dan cadangan lain bagi membina pusat pelupusan sampah yang lebih sempurna dan lebih baik daripada yang dibina oleh Kerajaan Negeri terdahulu?

    Klik jawapan »

72) BANGLO EXCO DI SEKSYEN 7

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri membelanjakan sejumlah RM 162,500 sebulan bagi perkhidmatan pengurusan, penyelenggaraan dan operasi kompleks secara komprehensif yang mengandungi sepuluh unit banglo dan rumah kelab. Kos keseluruhan bagi lima tahun adalah sebanyak RM 9,900,000. Kos perbelanjaan untuk seunit setiap bulan ialah RM 16,250. Jika kerajaan negeri ingin menyewakan banglo-banglo tersebut, berapakah kerajaan negeri akan menyewakan seunit banglo untuk sebulan?

    Klik jawapan »

  2. Didapati kos perbelanjaan untuk kawalan serangga perosak memerlukan sebanyak RM 35,000 manakala kos untuk pembersihan dan landskap memerlukan sebanyak RM 40,000 untuk sebulan, adakah kos ini terlalu tinggi? Sila jelaskan

    Klik jawapan »

73) KUIL-KUIL AGAMA HINDU

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kuil-kuil agama Hindu yang telah dirobohkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional dan juga yang telah disenaraikan hitamkan untuk dirobohkan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah kuil-kuil agama Hindu yang didirikan di atas tanah yang dimiliki oleh kuil Hindu tersebut dan jika kuil-kuil Hindu itu tidak mempunyai dokumen Hak milik Tanahnya sendiri, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memberikan Suratan Hak milik Tanah bagi kesemua Kuil-Kuil Hindu yang tidak mempunyainya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil ke atas penceroboh-penceroboh dan mereka yang telah memusnahkan serta menghina kuil-kuil Hindu yang telah dirobohkan oleh Kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional.

    Klik jawapan »

74) PROGRAM PENJANAAN EKONOMI KAUM ORANG ASLI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan bagi meningkatkan lagi ataupun menjana perkembangan ekonomi dalam bidang pertanian untuk kaum orang asli?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah tanah yang dimiliki atau dianugerahkan oleh kerajaan kepada orang asli yang boleh dimajukan dalam bentuk pertanian moden berkelompok?

    Klik jawapan »

  3. Adakah badan atau institusi yang khusus selain daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang melaksanakan program tersebut di atas (a) dan (b)?

    Klik jawapan »

75) PROJEK PEMBANGUNAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Mengenai kelulusan pembangunan EXCO MTES Bil. 3/2000 bertarikh 26 Januari 2000 secara usaha sama antara MPAJ dengan Tan & Tan Development Berhad dirujuk: Adakah terma-terma dalam Joint Venture Agreement dipatuhi sepenuhnya dan dilaksanakan seperti mana dalam perjanjian?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos dan keuntungan sebenar projek berbanding dengan kos dan keuntungan seperti yang terkandung dalam perjanjian awal?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah keuntungan yang telah diserahkan kepada MPAJ berdasarkan kepada keuntungan sebenar berbanding dengan keuntungan yang diunjurkan dalam perjanjian?

    Klik jawapan »

76) MEMULIHKAN SISTEM PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN KETUA KAMPUNG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Adakah Ahli Jawatankuasa untuk memulihkan sistem pilihanraya kerajaan tempatan dan ketua kampung telah ditubuhkan?

    Klik jawapan »

  2. Sebutkan rancangan yang ada untuk memulihkan pilihanraya tersebut

    Klik jawapan »

77) PELANTIKAN AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan proses pelantikan ahli majlis.

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah prestasi ahli majlis ini akan dinilai dan apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka jika prestasi mereka tidak memuaskan?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan tindakan yang akan diambil bagi memastikan proses pelantikan adalah lebih telus

    Klik jawapan »

78) BANJIR KILAT DI KAJANG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Pada 27 Ogos 2008 sekali lagi berlaku banjir kilat di Kajang yang memakan korban jiwa, menenggelamkan kenderaan dan merosakkan rumah-rumah di perlembahan pekan Kajang. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di Pekan Kajang?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah gagalnya pembaikan sungai di Pekan Kajang sebelum ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan lanjut bagi mengatasi banjir kilat di Pekan Kajang?

    Klik jawapan »

79) PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DI PREMIS KERAJAAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mengadakan pusat jagaan kanak-kanak atau bayi di premis kerajaan bagi membantu ibu bapa yang tidak mampu menggaji pembantu rumah atau menghantar anak-anak mereka di pusat-pusat jagaan kanak-kanak dan bayi swasta

    Klik jawapan »

80) PELABURAN DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Dilaporkan bahawa bulan Jun lalu telah diadakan lawatan ke Dubai bagi tujuan menarik pelaburan. Apakah susulan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri selepas lawatan itu?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah nilai pelaburan yang dijangka akan dibawa masuk ke negeri Selangor hasil daripada lawatan itu?

    Klik jawapan »