Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

51) CYBER CAFE

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Cyber cafŽ telah semakin banyak dibuka dan sering digunakan untuk tujuan yang tidak bermoral oleh segelintir pengguna dan ada di kalangan mereka yang masih di bawah umur. Berapakah jumlah mengikut PBT dan PTD cyber cafŽ yang telah berdaftar dan taburannya di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kriteria atau kelayakan yang perlu ada untuk mendapatkan lesen perniagaan bagi pengusaha-pengusaha yang berminat untuk membuka perniagaan cyber cafŽ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kajian yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk membendung/mengawal penyalahgunaan cyber cafŽ ini?

    Klik jawapan »

52) PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta satu senarai penuh taburan kilang-kilang haram di Daerah Petaling mengikut kawasan DUN dan industri.

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak kilang-kilang haram ini telah mengemukakan permohonan untuk memutihkan operasi mereka dan apakah masalah-masalah yang dihadapi kerajaan dalam usaha pemutihan ini.

53) SISTEM PENGURUSAN TANAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Task Force Tanah telah pun diberikan peranan untuk memberi cadangan kepada pihak kerajaan negeri. Apakah cadangan yang telah diberikan dan tindakan lanjut daripada pihak kerajaan negeri terhadap cadangan berkaitan?

    Klik jawapan »

  2. Menurut pekeliling-pekeliling yang telah dikeluarkan, pentadbir tanah telah diberikan kuasa penuh dalam meluluskan permohonan LPS dengan pembubaran Jawatankuasa Tanah Daerah (JKTD). Bagaimanakah Y.A.B. dapat memastikan bahawa permohonan LPS dapat diuruskan dengan lebih bersistem dan telus?

    Klik jawapan »

54) STATUS PETAK LETAK KERETA YANG DISEWA KEPADA SYARIKAT KEONG HIN DI CHERAS INDAH, JALAN PANDAN INDAH OLEH MPAJ

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Kadar petak dikenakan oleh MPAJ kepada syarikat Keong Hin dan bayaran, tunggakan bulanan, jika ada syarikat tersebut kepada MPAJ sejak 2003.

    Klik jawapan »

  2. Jumlah petak letak kereta yang disewa kepada syarikat tersebut.

    Klik jawapan »

  3. Adakah syarikat Keong Hin mempunyai tunggakan cukai pintu dengan pihak MPAJ. Nyatakan jumlahnya jika ada.

    Klik jawapan »

55) PEJABAT MCA DAN TADIKA DI JALAN PJS 7/13

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Mengapakah MCA boleh membina sebuah pejabat dan tadika memandangkan mereka hanya mempunyai lesen menduduki sementara?

    Klik jawapan »

  2. Sudahkah mereka menghantar permohonan untuk kelulusan pelan bangunan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Sijil Layak Menduduki bangunan diberi kepada mereka memandangkan bangunan tersebut digunakan sebagai tadika?

    Klik jawapan »

56) BOOKS MALL BAGI BANGI BANDAR ILMU

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Dalam pelancaran `Bangi Bandar Ilmu` pada 22 Jun 2008 di KUIS, YAB Menteri Besar telah mencadangkan agar diwujudkan Òbooks mallÓ di Bangi. Setakat ini adakah PKNS Bangi mengambil inisiatif bagi mewujudkan Kompleks bagi books mall tersebut

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah konsep seni bina bangunan tersebut

    Klik jawapan »

  3. Apakah peluang-peluang perniagaan bagi penduduk dari projek ini?

    Klik jawapan »

57) JALAN LINGKARAN TENGAH II ATAU MRR2

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Jalan Lingkaran Tengah II atau MRR2 merupakan salah satu infrastruktur terpenting yang merancakkan pertumbuhan ekonomi, perniagaan serta menjadi penghubung bagi warga Selangor dan Wilayah Persekutuan. Banyak kepentingan ekonomi kerajaan Pusat juga disokong dan berteraskan kepada MRR2. Sila kemukakan semua agensi dan perbadanan kerajaan Pusat, kerajaan Selangor dan pihak Bandaraya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terlibat dalam mengurus, menyelia dan menyelenggara MRR2

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan kos yang ditanggung (jika ada) oleh kerajaan negeri Selangor dalam mengurus, menyelia dan menyelenggarakan sejak MRR2 mula beroperasi dan berapa peratuskah tanggungan ini berbanding dengan kos keseluruhan.

    Klik jawapan »

  3. Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan Negeri Selangor melalui pihakPihak Berkuasa Tempatan berkenaan bagi mengatasi pelbagai kelemahan penyelenggaraan MRR2 seperti terdapat banyaknya lokasi-lokasi berbahaya, kawasankawasan sesak lalu lintas dan masalah kebersihan sekitar terutamanya laluan MRR2 yang melintasi kawasan Hulu Kelang.

    Klik jawapan »

58) HAK MILIK TANAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah bahawa di dalam negeri Selangor, terdapat 14,442 hartanah yang telah diberikan taraf hak milik selamanya / tetap di mana pula adanya 14,167 hartanah yang di bawah taraf pajakan? Apakah kriteria dan syarat untuk kedua-dua jenis taraf pemilikan tanah sejak ia nampaknya tidak adil?

    Klik jawapan »

  2. Jadi kalau terdapat 1487 tapak di Petaling Jaya yang mempunyai tempoh masa kurang daripada 10 tahun dalam pajakan mereka dan bahawa kawasan Bukit Gasing mempunyai kebanyakan daripada pemilikan tanah bawah kategori ini, apakah langkahlangkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk beri perhatian kepada isu ini dan jika kerajaan akan mengambil kira pertimbangan faktor-faktor sejarah dan perlembagaan untuk membuat keputusan secara memihak taraf hak milik selamanya / tetap di Petaling Jaya?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah dasar yang kekal akan diwujudkan, yang akan menggabungkan pertimbangan aspek tanah dari segi sejarah dan perlembagaan untuk menentukan jenis hak milik tanah di Petaling Jaya?

    Klik jawapan »

59) INSENTIF PELAJARAN IPT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Sehingga kini berapa jumlah wang sudah dikeluarkan kepada pelajar IPTA dan berapa jumlah kepada pelajar IPTS?

    Klik jawapan »

  2. Sila beri jumlah peruntukan mengikut universiti?

    Klik jawapan »

  3. Sila beri jumlah peruntukan mengikut kaum?

    Klik jawapan »

60) KADAR INFLASI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan berapakah unjuran kenaikan kadar inflasi tahun 2008 Negeri Selangor selepas Kerajaan Pusat menaikkan harga minyak petrol dan diesel secara drastik?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah proaktif yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan impak kemelesetan ekonomi ke tahap yang paling minima angkara kenaikan harga minyak?

    Klik jawapan »