Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

61) PASAR PAGI/PASAR MALAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Lokasi pasar pagi dan pasar malam sering mengakibatkan berbagai masalah seperti kesesakan lalu lintas, kekotoran dan sebagainya. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh PBT & PTD untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat tertentu bagi membuka tapak pasar-pasar tersebut?

    Klik jawapan »

62) BUDAYA MEMBACA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta satu senarai kajian kadar membaca di seluruh rakyat negeri Selangor serta program-program kerajaan negeri untuk memupuk budaya membaca?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri bersedia membantu semua sekolah di negeri Selangor memupuk budaya ini selain mengadakan program besar-besaran?

    Klik jawapan »

63) PENAIKTARAFAN JALAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan butir-butir terperinci jalan-jalan di bawah selenggaraan Kerajaan Negeri Selangor mengikut daerah. (lokasi jalan, panjang jalan)

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan butir-butir terperinci jumlah peruntukan yang diberikan untuk menaik tarafkan jalan-jalan negeri dalam tahun 2007 serta 2008. (lokasi jalan, jumlah peruntukan, nama kontraktor)

    Klik jawapan »

  3. Ulaskan kemajuan projek-projek menaik taraf jalan yang telah diluluskan dan tindakan pihak Kerajaan Negeri terhadap projek yang tidak memuaskan

    Klik jawapan »

64) SYARIKAT YANG DITAWAR PROJEK MENGUTIP CAJ TEMPAT LETAK KERETA DI KAWASAN MENARA MPAJ DAN PUSAT PERNIAGAAN DI JALAN PERUBATAN (SEBELAH HOSPITAL PANTAI PANDAN INDAH)

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Syarikat yang manakah dapat tawaran projek mengutip caj tempat letak kereta di kawasan Menara MPAJ dan Pusat Perniagaan di Jalan Perubatan (sebelah Hospital Pantai Pandan Indah) dan sebab-sebab ia dilantik untuk mengutip caj tempat letak kereta

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah yang sepatutnya dibayar kepada MPAJ setiap bulan dan berapakah tunggakannya?

    Klik jawapan »

  3. Kedua-dua kawasan yang disebutkan di atas adalah tanah kerajaan atau tanah milik?

    Klik jawapan »

65) EKONOMI SELANGOR SELEPAS KENAIKAN HARGA MINYAK

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kesan-kesan kenaikan harga minyak ke atas ekonomi Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi kesan-kesan negatif ke atas ekonomi Selangor?

    Klik jawapan »

66) LARANGAN ADUN KE SEKOLAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Persekutuan di bawah BN melarang ADUN-ADUN Pakatan Rakyat melawat ke sekolah Ð sekolah di bawah Kerajaan Persekutuan. Adakah sebarang rundingan bakal dilakukan antara Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Kerajaan Persekutuan mengenai isu ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan balas yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap tindakan kerajaan persekutuan yang tidak demokratik ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah cadangan Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan undang-undang?

    Klik jawapan »

67) PEMANTAUAN PEMBANGUNAN DI CERUN-CERUN BUKIT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Memandangkan pelupusan secara pemberimilikan tanah kerajaan di kawasan bukit dan takungan air di kawasan Hulu Kelang sejak 15 tahun yang lalu telah mendapatkan pandangan dan ulasan daripada pihak-pihak yang berkaitan. Sila nyatakan pandangan dan ulasan daripada pihak-pihak Jabatan Kerja Raya (Bahagian Cerun), Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dalam memberikan pelupusan secara pemberimilikan kawasan-kawasan tanah kerajaan tersebut.

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan nama-nama syarikat pemaju, nama-nama pengarah syarikat pemaju dan nama-nama projek berkenaan yang telah mendapat kelulusan untuk memajukan tanah-tanah yang telah mendapat pemberimilikan tanah kerajaan tersebut.

    Klik jawapan »

  3. Sila kemukakan senarai kejadian tanah runtuh yang melibatkan projek-projek yang telah mendapat pandangan dan ulasan pihak-pihak di atas serta nyatakan apakah tindakan penalti yang telah dikenakan ke atas syarikat-syarikat dan pengarah-pengarah syarikat pemaju berkenaan

    Klik jawapan »

68) INFRASTRUKTUR UNTUK MENURUNKAN KADAR JENAYAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah pencegahan dalam infrastruktur yang telah dirancang atau dilaksanakan untuk membanteras jenayah di dalam negeri?

    Klik jawapan »

  2. Adakah negeri mempunyai program-program untuk menyediakan pekerjaan dalam jangka sederhana bagi menggalakkan lebih ramai orang untuk bekerja supaya dapat menyara diri sebagai alternatif daripada mengambil jalan keluar dengan melakukan kegiatan jenayah untuk mencari rezeki bagi keluarga mereka?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah mesyuarat-mesyuarat yang berlaku (dalam satu bulan) di antara Kerajaan Negeri termasuk Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dengan pihak polis untuk menilai keadaan jenayah di dalam negeri dan sila nyatakan beberapa langkah yang telah dilaksanakan sejak Mac 8, 2008 lalu?

69) PUSAT KOORDINASI (CO-CENTRE)

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Pusat Koordinasi (Co-centre) untuk segala bantuan yang ditubuhkan cuma terdapat di SUK. Adakah ia akan ditubuhkan di kesemua daerah di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapa jumlah bantuan yang telah dikeluarkan oleh pusat koordinasi?

    Klik jawapan »

  3. Apakah jenis bantuan yang terdapat dalam pusat koordinasi?

    Klik jawapan »

70) GEJALA RASUAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan berapakah jumlah laporan rasuah yang melibatkan kakitangan awam Negeri Selangor dari tahun 2006 hingga 2007.

    Klik jawapan »

  2. Sila berikan butiran terperinci mengenai berapakah jumlah kes rasuah yang dihadapkan ke mahkamah yang melibatkan kakitangan awam negeri mengikut susunan jabatan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah pencegahan gejala rasuah yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »