Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
161) WABAK DENGGI
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik kes demam Denggi mengikut daerah bagi tahun 2020.
-
Apakah program sepanjang tahun 2020 yang telah dilakukan demi membasmi masalah wabak Denggi?
162) PROGRAM KASIH IBU SMART SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perbandingan penerima KISS bagi tahun 2018 dan 2020 mengikut DUN.
-
Nyatakan jumlah penjajaran yang berjaya dijimatkan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2020.
163) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah sumbangan dan tajuk program oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor mengikut DUN sepanjang wabak COVID-19?
164) BAS SMART SELANGORKU
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kos perbelanjaan Bas Smart Selangorku dalam kawasan DUN Semenyih bagi tahun 2018-2020.
165) PRESTASI AIR SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini penstrukturan semula air Negeri Selangor?
-
Apakah status terkini penggantian paip lama dan pencapaian NRW?
166) HASIL NEGERI
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah bagi meningkatkan hasil Negeri Selangor selain daripada cukai dan premium tanah?
167) LRA SEMENYIH 2, LANGAT 2 DAN LABOHAN DAGANG
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini perlaksanaan projek loji rawatan air tersebut?
-
Sejauh manakah operasi LRA tersebut dapat menampung peningkatan penggunaan air di Selangor?
168) MASALAH PBT WARGA ASING
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak PBT mempunyai garis panduan kepada masalah premis perniagaan warga asing?
-
Senaraikan operasi yang telah dibuat untuk menutup premis warga asing mengikut PBT di Selangor pada tahun 2020.
169) PENDENGARAN AWAM CADANGAN PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPAN KEKAL KUALA LANGAT UTARA (HSKKLU)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keluasan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara (HSKKLU) yang sebenar dan cadangan yang hendak dinyahwartakan?
-
Siapakah yang dijemput hadir untuk proses pendengaran awam cadangan Penyahwartaan HSKKLU?