Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

181) NAIKTARAF INFRASTRUKTUR JALAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf jalan Kg Koskan ke Bandar Sungai Buaya (ft 1208 ) khususnya di selekoh berbahaya bukit benggali kerana terdapat banyak kali berlaku kemalangan melibatkan lori muatan berat dan motosikal?

    Klik jawapan »

  2. Apakah status Bukit Benggali tersebut?

    Klik jawapan »

182) KENAIKAN BIL AIR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah aduan berkenaan kenaikan bil air sehingga kini dan apakah penjelasan dari Air Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk memberi subsidi sebagai salah satu cara untuk mengurangkan beban kepada pemilik akaun Air Selangor?

    Klik jawapan »

183) PERUNTUKAN PEMBAIKAN INFRASTRUKTUR JALAN PELABUHAN KLANG

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri dapat memberikan perincian bajet RM50 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan pada Sidang Bajet Parlimen 2020?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan jalan-jalan yang dibaikpulih menggunakan peruntukan tersebut?

    Klik jawapan »

184) PENYELENGGARAAN TAPAK IWK YANG TIDAK TERPAKAI

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Terdapat banyak tapak IWK yang tidak digunakan lagi selepas siap projek pembentungan Greater KL di kawasan Petaling Jaya yang ditumbuhi dengan lalang dan menjadi kacau ganggu kepada jiran. Apakah tindakan MBPJ dan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

185) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB) SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan prestasi tahunan bilangan program dan implikasi kewangan PWB Selangor sejak ia ditubuhkan (2014 - kini).

    Klik jawapan »

  2. Adakah cadangan penambahan peruntukan program PWB untuk masa akan datang?

    Klik jawapan »

186) PENGGANTIAN PAIP AIR USANG DI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut


  1. Sila jelaskan tentang status terkini penggantian paip usang di bawah negeri Selangor, termasuk peratusan paip usang yang telah ditukar dan masih perlu ditukar bagi memastikan menghentikan gangguan bekalan air di bawah Selangor

    Klik jawapan »

187) PERNIAGAAN PENJAJA

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Selepas PKP terdapat ramai rakyat yang menglibat diri dalam perniagaan sebagai penjaja, apakah tindakan kerajaan untuk membantu golongan tersebut?

  2. Apakah tindakan kerajaan untuk mengalak rakyat dalam penglibatan dalam perniagaan sebagai penjaja pada waktu kehilangan pekerjaan yang makin meningkat?

188) KESIHATAN MENTAL

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan bilangan temu janji yang diaturkan melalui laman sesawang aturan Temu janji Perkhidmatan Kaunseling (e-psy) Negeri Selangor sejak bulan Januari 2020.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan Sukarelawan Kaunselor yang telah berdaftar di Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM)?

    Klik jawapan »

189) COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah kriteria, kaedah dan proses yang digunakan oleh JAIS dalam menentukan masjid-masjid yang dibenarkan solat Jumaat semasa wabak COVID-19.

    Klik jawapan »

190) PENCEMARAN LONGKANG-LONGKANG DAN PARIT-PARIT DI KAMPUNG

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Agensi manakah yang bertanggungjawab memantau kebersihan longkang-longkang dan parit-parit di kampung-kampung tradisi ?

    Klik jawapan »