Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

111) ELAUN SARAAN WAJIB

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Selangor sepatutnya menerajui usaha memberdaya kebajikan rakyat dengan membayar elaun saraan wajib sebanyak RM1,500 sebulan. (a) Kerajaan Persekutuan : RM300.00 (b) Kerajaan Negeri : RM200.00 (c) GLC Persekutuan : RM450.00 (d) GLC Negeri : RM350.00 (e) Zakat Negeri : RM200.00 Jumlah: RM1,500.00. Bolehkah cadangan ini dilaksana? Jika tidak apakah penghalangnya?

112) GARIS PARAS BAHAGIA – GEMBIRA

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Selangor ditakrifkan sebagai pendapatan yang mencukupi untuk memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada rakyat. Sejauh manakah Kerajaan menjadikan World Happiness Index sebagai memberi pencerahan tentang hala tuju dalam meningkatkan harta dan kekayaan material rakyat Selangor?

    Klik jawapan »

113) KONSEP PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Selangor ditakrifkan sebagai pendapatan yang mencukupi untuk membeli keperluan minimum mengekalkan ahli-ahli isi rumah dalam memiliki kualiti hidup yang baik. Sejauh mana konsep ini telah diselaraskan dengan perancangan Kerajaan untuk menjadikan Selangor smart state dan rumah mampu milik?

    Klik jawapan »

114) PARAS GARIS KEMISKINAN MAKANAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. PGK Makanan mentakrifkan keperluan harian kalori setiap individu mengambil kira makanan seimbang dan berkhasiat. Selangor sebagai negeri maju dan menuju smart state, apakah PGK Makanan yang telah dicapai?

    Klik jawapan »

115) PARAS GARIS KEMISKINAN BUKAN MAKANAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. PGK Bukan Makanan terdiri daripada pakaian, perumahan, pengangkutan dan perbelanjaan lain adalah dikira berasaskan kepada penyiasatan perbelanjaan isi rumah. Selangor sebagai negeri maju dan menuju smart state, apakah PGK Bukan Makanan yang dicapai?

    Klik jawapan »

116) PENGANGGURAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan pekerja yang diberhentikan kerja di Selangor mengikut sektor akibat daripada kemuncupan ekonomi disebabkan wabak Covid-19?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan tenaga kerja ini dapat dimanfaatkan di sektor lain?

    Klik jawapan »

117) SKIM PEDULI SIHAT

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis


  1. Bilakah Skim Peduli Sihat yang dirizabkan untuk manfaat para staf yang berkhidmat di Pusat Khidmat Masyarakat ADN Selangor, Ketua Kampung dan penyelia PWB akan diberikan kepada mereka untuk dinikmati?

    Klik jawapan »

118) KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis


  1. Sistem pendaftaran Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) masih beroperasi secara manual. Bilakah sistem ini akan ditukar kepada pendaftaran atas talian agar maklumat dapat dikemaskini secara sistematik oleh staf Pusat Khidmat Masyarakat ADN Selangor dan SELGATE?

    Klik jawapan »

119) KEROSAKAN JALAN PERSIARAN HAMZAH ALANG DAN JALAN KAPAR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis


  1. Bilakah pihak JKR Selangor akan mula membaiki jalan Persiaran Hamzah Alang dari Meru-Kapar dan Jalan Kapar dari Pekan Kapar-Klang yang kini telah rosak teruk?

    Klik jawapan »

120) PENGURUSAN SISTEM SAMPAH DI MERU

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis


  1. Bilakah isu kekurangan tong sampah di DUN Meru akan dapat diatasi oleh PBT?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkenalkan semula sistem buang sampah pandu lalu seperti yang pernah dipraktikkan di Meru tahun 2000-an?

    Klik jawapan »