Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

151) PENGERUSI MPKK

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan garis panduan untuk menilai prestasi dan lantikan pengerusi MPKK?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan program yang telah dilakukan oleh MPKK dan keberkesanan program tersebut kepada masyarakat di dalam kawasan DUN Semenyih?

    Klik jawapan »

152) GERAI-GERAI MAJLIS

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah tindakan penguatkuasaan yang di lakukan oleh PBT untuk memastikan bahawa gerai-gerai tersebut menjalankan perniagaan mengikut peraturan-peraturan termaktub ?

    Klik jawapan »

153) ENAKMEN PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut


  1. Apakah status penggubalan Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal untuk negeri Selangor?

    Klik jawapan »

154) PROJEK RUMAH SELANGORKU DI PJ14

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini projek perumahan rumah SelangorKu di PJS4?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana projek tersebut beroperasi dengan mengambil sebahagian tapak tanah Pangsapuri Medan Indah yang bersebelahan diluluskan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah cara yang boleh diguna untuk mendapatkan tanah yang diambil itu?

    Klik jawapan »

155) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Selain daripada PeBT MPSJ, PeBT di PBT lain tiada akaun tersendiri dan perlu bergantung dengan akaun PBT. Hal ini menyebabkan pengerusi-pengerusi kurang kuasa untuk menguruskan akaun sendiri. Adakah kerajaan berhasrat mengasingkan akaun bank PeBT daripada PBT demi memudahkan urusan-urusan PeBT?

    Klik jawapan »

156) PUSAT HEMODIALISIS

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat menambah bilangan pusat-pusat hemodialisis percuma untuk kegunaan rakyat?

    Klik jawapan »

157) PENAMBAHAN SEKOLAH DI DENGKIL

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Dengkil mempunyai 25 tapak SMK namun hanya 12 yang berjaya didirikan. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi membantu Kerajaan Pusat membina lebih banyak sekolah khususnya dikawasan berkepadatan tinggi?

    Klik jawapan »

158) LEBUHRAYA PERSISIRAN PANTAI BARAT (WCE)

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Projek WCE di kawasan Tanjung Karang sehingga ke Sabak Bernam sepatutnya siap?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak Kerajaan ada membuat pemantauan tentang keselamatan di sepanjang jejaran Projek WCE?

    Klik jawapan »

159) KEBAJIKAN KAKITANGAN DI PEJABAT PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut


  1. Bilakah kali terakhir semakan kenaikan gaji kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah cadangan caruman SOCSO dan bantuan tambahan akan diluluskan untuk kakitangan PKM?

    Klik jawapan »

160) ADUAN JALAN BERLUBANG MELALUI APLIKASI WAZE

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah aduan berkenaan jalan berlubang yang diterima melalui aplikasi Waze?

  2. Daripada jumlah itu berapakah yang diselesaikan dalam tempoh seminggu selepas menerima aduan?