Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

211) INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah peruntukan kepada IDE dari 2017 hingga kini mengikut pecahannya?

  2. Apakah kejayaan IDE yang membantu dalam membuat dasar-dasar baharu pentadbiran Kerajaan Negeri?

212) PENCEMARAN AIR SUNGAI YANG MENJADI SUMBER AIR TERAWAT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas 4 episod pencemaran air di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah tindakan tegas telah diambil terhadap kilang-kilang tanpa lesen di sepanjang jajaran sungai sumber air mentah yang menjadi penyumbang kepada pencemaran tersebut?

    Klik jawapan »

213) INSTITUT PEMBEDAYAAN PEKERJA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Berapakan peruntukan sebanyak 1Juta (2019) yang telah digunakan ?

  2. Untuk apakan ( jika ada ) peruntukan tersebut digunakan?

  3. Siapa kah atau jawatankuasa yang bertangungjawab menjalankan Institut tersebut?

214) “CORRECTIVE WORK ORDERS”

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk membangkitkan keperluan meminta akta-akta berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan supaya "Corrective Work Orders" boleh dilaksanakan untuk mereka yang membuang sampah secara berleluasa atau mengotorkan persekitarannya?

    Klik jawapan »

215) STATUS PROJEK TEBATAN BANJIR JPS

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut


  1. Berapa projek Tebatan Banjir JPS yang belum dapat dilaksanakan atau diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan?

    Klik jawapan »

  2. Apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan projek-projek infrastruktur tidak keluar daripada jadual masa yang ditetapkan?

    Klik jawapan »

216) ISU KILANG DALAM KAMPUNG BARU

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Masalah percampuran kilang dan perumahan dalam kampung baru telah menyebabkan banyak masalah seperti kacau ganggu, lesen tidak dapat dipohon atau diperbaharui dan kawasan tidak tersusun. Apakah usaha dan tindakan akan diambil demi menyelesaikan masalah ini?

    Klik jawapan »

217) PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai mekanisma penyelarasan antara pejabat-pejabat daerah bagi mengatasi masalah yang timbul berkaitan dengan kelulusan lesen kuari, lesen pengeluaran pasir dan isu laluan lori-lori yang merentas daerah?

    Klik jawapan »

218) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI DI KAMPUNG KOSKAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut


  1. Ini adalah antara projek rumah terbengkalai di dalam DUN saya.apakah status terkini berhubung dengan kelulusan infra?

    Klik jawapan »

  2. Juga terdapat cadangan untuk projek pembesaran kampung dan juga projek pembesaran jalan utama di kampung terbabit.apakah status terkini?

    Klik jawapan »

219) PENDUDUKAN HARAM DI TANAH KERAJAAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar dan usaha Kerajaan dalam menangani isu ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan akan mempertimbangkan pemberian hakmilik kepada mereka yang telah menduduki dan/atau mengusahakan tanah Kerajaan jika mereka membuat permohonan?

    Klik jawapan »

220) TEKNOLOGI PEMODENAN PERTANIAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut


  1. Adakah terdapat kajian dan penggunaan teknologi atau mekanisme baharu dalam meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian dalam negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri dengan pihak ÊKementerian untuk memajukan sektor pertanian bagi menjana pertumbuhan ekonomi bersifat jangka panjang?

    Klik jawapan »