Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

181) KESETIAAN KEPADA RAJA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Apakah pendirian Kerajaan Negeri berkaitan penghinaan kepada Tuanku Sultan Selangor di media sosial?

  2. Nyatakan langkah proaktif Kerajaan Negeri untuk membendung perkara ini tidak berulang.

182) AIR PERCUMA UNTUK B40

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan anggaran penjimatan kewangan Kerajaan Negeri dengan terlaksananya Skim Air Darul Ehsan Êyang dinikmati oleh golongan B40 sahaja.

    Klik jawapan »

  2. Apakah inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada golongan rakyat berpendapatan M40 sebagai ganti kepada pembatalan Skim Air Percuma?

    Klik jawapan »

183) PENGAPUNGAN HARGA PETROL

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan langkah Kerajaan Negeri untuk pastikan rakyat Selangor tidak terbeban dengan kesan pengapungan harga petrol Ron95 yang bermula Januari 2020 kelak.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan usaha dan perancangan Kerajaan Negeri untuk memberi sebarang inisiatif kepada golongan M40 yang perbezaan pendapatannya berbanding B40 tidak jauh.

    Klik jawapan »

184) DASAR KERJASAMA SWASTA DALAM MEMAJUKAN KAWASAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan dasar penggalakan swasta untuk menjadi rakan strategik untuk membangunkan kawasan-kawasan di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan dasar tersebut memberikan kebaikan kepada kawasan luar bandar seperti DUN Sg Air Tawar yang masih jauh ketinggalan dari aspek pembangunan fizikal?

    Klik jawapan »

185) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah anak syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Selangor dan syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Sejauh mana prestasi kewangan syarikat-syarikat tersebut dari tahun 2018 sehingga September 2019?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tanggungjawab sosial syarikat-syarikat terbabit dan nyatakan sumbangan tanggungjawab sosial syarikat tersebut bagi tahun 2018 - September 2019?

    Klik jawapan »

186) STATUS KEWANGAN PBT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah status kewangan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah prestasi kutipan hasil Pihak Berkuasa Tempatan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Bagi tahun 2018 dan tahun 2019 sehingga September?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membantu Pihak Berkuasa Tempatan untuk meningkatkan hasil pendapatan mereka?

    Klik jawapan »

187) INSENTIF UNTUK PETANI MENINGKAT PENDAPATAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri mempertimbangkan insentif khas atau sebarang dana bantuan kepada petani khususnya yang ingin mengusahakan tanaman kelapa sawit dan kelapa untuk mengusahakan tanaman lain sebagai sumber pendapatan tambahan kesan daripada harga komoditi sawit dan kelapa yang tidak stabil?

    Klik jawapan »

188) ISU PEROBOHAN RUMAH

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status terkini isu perobohan rumah di Kampung Sungai Kedondong Paya Jaras?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan memberi pampasan atau kemudahan prasarana kepada keluarga yang rumah mereka dirobohkan?

    Klik jawapan »

189) DASAR RUMAH SETINGGAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai dasar penempatan setinggan? Jika ada, nyatakan.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan dasar Kerajaan Negeri yang ada membabitkan isu perumahan di Selangor.

    Klik jawapan »

190) ADN @ AHLI POLITIK DILANTIK ALP GLC

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah ADN atau ahli politik yang telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi anak syarikat di Selangor.

  2. Atas sebab apa lantikan mereka ini dilantik? Berdasarkan pengalaman atau bidang profesional yang mereka mahir.

  3. Sejauh mana peranan mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah memajukan syarikat yang melantik mereka?