Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
1) PEMBINAAN DAN MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN DAN PERPARITAN OLEH PIHAK JKR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status projek pembinaan dan menaiktaraf sistem saliran dan perparitan oleh pihak JKR di Kampung Bukit Kapar?
-
Berapakah kos pembinaan dan bilakah akan siap?
-
Apakah sebabnya projek ini masih belum siap sehingga kini?
2) JALAN KELUAR ALTERNATIF KAMPUNG SRI INDAH A. DEWAN PERNAH DIBERITAHU BAHAWA LANTIKAN PERUNDING DIJANGKA BERMULA PADA TAHUN 2017
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Siapakah nama perunding yang telah dilantik ?
-
Apakah projek tersebut telah ditender sebagaimana jawapan dalam Sidang Dewan November 2016 ?
3) JAMBATAN LALUAN KE KAWASAN KUBUR KAMPUNG BAHAGIA BUKIT LAGONG SG BULOH
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah status cadangan Pejabat Daerah Tanah Gombak untuk membina jambatan laluan ke kawasan perkuburan Cina di Kampung Bahagia Lagong berhampiran Pusat Rawatan UiTM Sg Buloh ?
4) KESESAKAN JALAN KELUAR DARI SAUJANA UTAMA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan JKR untuk mengatasi kesesakan simpang keluar Saujana Utama?
5) MELINDUNGI TANAH ADAT ORANG ASAL/ASLI
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kaedah yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri bagi melindungi tanah adat Orang Asal & Asli terutamanya di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.
6) KES PAIP AIR PECAH
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan setiap kejadian kes paip air pecah di DUN Pelabuhan Klang bagi tahun 2016 sehingga kini.
-
Juga berikan tempoh gangguan bekalan air bagi setiap kes tersebut.
7) STATISTIK KEMALANGAN DI DUN PELABUHAN KLANG
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan statistik kemalangan melibatkan penunggang motorsikal, pemandu kereta, lori-lori kontena dan lain-lain kenderaan di dalam DUN Pelabuhan Klang.
8) ADUAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan statistik aduan yang diterima oleh Majlis Perbandaran Klang mengikut kategori dan jenis aduan daripada tahun 2016 sehingga kini di DUN Pelabuhan Klang.
-
Sila nyatakan berapakah jumlah aduan yang dapat diselesaikan oleh pihak MPK?
9) KEMUDAHAN WIFI PERCUMA DI PULAU INDAH, PELABUHAN KLANG
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberi serta meluaskan lagi kemudahan Wifi Percuma di dalam kawasan Pelabuhan Klang terutamanya di Mukim Pulau Indah Daerah Klang?
10) ISU JALAN BERLUBANG (POT-HOLE)
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap penampalan jalan berlubang dilakukan dengan kadar segera?