Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

101) FRIENDSHIP CITY

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis


  1. Klang dan Yiwu, China telah menjalinkan hubungan yang baik untuk perdagangan antarabangsa. Kerajaan Selangor perlu mengambil langkah untuk menarik pelabur dari Yiwu ke Selangor dengan melancarkan program "Friendship City" antara Bandar Klang dan Yiwu. Program telah ditangguh lama. Apakah tindakan yang akan diambil untuk mempercepatkan proses ini?

    Klik jawapan »

102) PERUNTUKAN UNTUK DUN PANDAMARAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis


  1. DUN Pandamaran telah menjadi besar apabila cantuman dari DUN Pandamaran dan DUN Kota Alam Shah pada 2018. Peruntukan masih sama untuk DUN Pandamaran tapi kena jaga dua DUN lama. Adakah Kerajaan akan mempertimbangkan untuk DUN yang mempunyai pengundi yang lebih untuk meringankan kerja ADUN? Misalnya peruntukan untuk pengundi yang lebih dari 45000 ditambahkan kepada RM1.2 juta dan pengundi kurang dari 45000 kekal RM800,000.00.

    Klik jawapan »

103) RUMAH KEDAI LAMA TIDAK MEMPUNYAI KELAYAKAN MENDUDUKI TIDAK MEMDAPAT LESEN PERNIAGAAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis


  1. Rumah kedai yang lama seperti rumah papan di Pandamaran telah dibenarkan untuk dijadikan premis perniagaan. Akan tetapi peniaga baru mengalami kesukaran apabila ingin memohon lesen perniagaan baru di premis lama kerana tidak mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki. Kerajaan perlu mencari cara penyelesaian untuk meluluskan lesen perniagaan di premis tersebut. Apakah cara penyelesaian yang akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

104) SISTEM PARIT DI JALAN BANTING, PANDAMARAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis


  1. Parit di sepanjang Jalan Banting, Pandamaran telah lama tidak diselenggara mengakibatkan air bertakung di atas permukaan jalan. Ini telah membahayakan pengguna jalan raya di Jalan Banting, Pandamaran kerana kebanyakan pengguna jalanraya tersebut adalah penunggang motorsikal. Adakah Kerajaan Selangor dapat memperuntukan kepada JKR Selangor untuk menaiktaraf jalan tersebut kerana jalan tersebut adalah di bawah Kerajaan Persekutuan?

    Klik jawapan »

105) PUSAT KEBUDAYAAN (CULTURAL CENTER)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status Pusat Kebudayaan Pelbagai Kaum di tebing Sungai Klang yang pernah diumumkan oleh mantan Menteri Besar pada tahun 2012?

    Klik jawapan »

106) STATUS PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA FLAT PKNS TAMAN KERAMAT

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status projek pembangunan semula Flat PKNS Taman Keramat, Hulu Kelang?

    Klik jawapan »

107) STATISTIK SEMASA PROJEK-PROJEK PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah statistik projek-projek di bawah peruntukan MARRIS bagi DUN Hulu Kelang tahun 2018 setakat ini?

    Klik jawapan »

108) STATISTIK KUTIPAN SISA KITAR SEMULA DUN HULU KELANG

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berikan statistik kutipan sisa kitar semula yang dijalankan oleh MPAJ bagi DUN Hulu Kelang sepanjang tahun 2018.

    Klik jawapan »

109) SENARAI KONTRAKTOR PEMBERSIHAN BERMASALAH DI DUN HULU KELANG

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan nama kontraktor pembersihan dengan jumlah aduan dan amaran yang diberikan mengikut zon MPAJ di dalam DUN Hulu Kelang.

    Klik jawapan »

110) STATISTIK OPERASI PENGANGKAPAN ANJING LIAR DI DUN HULU KELANG

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berikan statistik operasi penangkapan anjing liar mengikut zon MPAJ dalam DUN Hulu Kelang.

    Klik jawapan »