3) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perbelanjaan bagi program-program dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor berkaitan SMUE, TAWAS, Hadiah masuk Universiti/Kolej, dll, termasuk kos pengurusan.
3) PENDAPATAN DARIPADA BAHAN BATUAN DAN MINERAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah metric tonne (MT) bahan batuan dan mineral (termasuk kuari, bijih timah, pasir) yang dikeluarkan di Selangor pada tahun 2017-2018?
-
Sila beri pembahagian pengeluaran di tanah swasta, tanah kerajaan dan dalam hutan simpan kekal.
-
Berapa jumlah royalti, ses dan premium yang diterima oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2017-2018, dan jangkaan pendapatan untuk tahun 2019?
3) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Senaraikan program dan projek MES dari 2008-2013?
-
Nyatakan impak positif program tersebut kepada rakyat Negeri Selangor.
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menambah program MES yang lain dan berapakah peruntukan diperlukan?
3) PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK MEGA DALAM NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan projek-projek mega dalam Negeri Selangor walaupun suasana semasa amat mendesak kepada keperluan kewangan perlu diberi keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan rakyat? Jika ya, sila jelaskan rasionalisasinya.
3) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan Syarikat Hebat Abadi di dalam pengurusan sampah?
-
Berapakah kontrak pengurusan sampah yang telah dimenterai oleh Syarikat Hebat Abadi?
-
Senaraikan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah mementerai kontrak pengurusan sampah dengan Syarikat Hebat Abadi?
3) JAMBATAN KETIGA KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pembinaan Jambatan Ketiga Klang?
-
Berapakah jumlah pampasan yang telah dibayar untuk pengambilan tanah?
3) SELANGOR BRAIN BANK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah bentuk dan ciri-ciri Selangor Brain Bank?
-
Apakah bidang-bidang kemahiran yang menjadi tumpuan bagi bank ini?
-
Berapakah unjuran peruntukan yang akan disalurkan bagi tempoh 5 tahun?
3) BANDAR WARISAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam pembangunan sejarah dan warisan setempat bandar-bandar seperti Kajang, Klang, Ampang, Batu Arang dan sebagainya?
-
Bagaimana untuk menarik golongan muda dan pelajar melakukan Ôfield tripÕ atau beriadah di sana?
3) HAD MUATAN BERAT LORI BAGI PROJEK PERUMAHAN DI DALAM KAWASAN KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menetapkan had muatan berat lori bagi tujuan projek perumahan di dalam kawasan kampung bagi mengatasi masalah kerosakan jalan?
-
Bagaimanakah cara Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap syarikat ini menurap semula jalan-jalan yang rosak akibat projek mereka?
3) PROGRAM WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan berhasrat untuk merangka program atau skim bagi membantu ibu tunggal dari sudut ekonomi di Selangor?
-
Apakah pendekatan menggalakkan hidup seimbang (work life balance) dalam kalangan ibu bekerja agar mereka dapat menyumbang dalam pembangunan ekonomi di samping memenuhi keperluan keluarga?
