Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
11) GERAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf gerai-gerai PBT/Pejabat Daerah dan Tanah ke tahap yang lebih kondusif?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menetapkan satu "standard design" dalam membina gerai-gerai milik kerajaan pada masa akan datang?
12) PUSAT PELANCONGAN PELABUHAN KLANG
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membangunkan Pekan Pelabuhan Klang yang kini seperti pekan tinggal kepada pusat pelancongan yang baru?
-
Apakah usaha-usaha yang telah dijalankan sehingga kini?
13) USAHAWAN KECIL NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri memperkenalkan kursus untuk usahawan kecil? Mohon senaraikan nama kursus dan bilangan penyertaan.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memberikan ruang dan peluang kepada usahawan kecil bagi membawa produk mereka ke peringkat yang lebih tinggi?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan kelebihan kepada peserta-peserta daripada Pusat Wanita Berdaya (PWB) untuk memohon bantuan perniagaan seperti Skim Mikrokredit Usahawan dan Blueprint Pembasmian Kemiskinan?
14) PRESTASI JABATAN PENGUATKUASAAN PBT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah kekuatan/kelemahan dan strategi untuk meningkatkan prestasi Jabatan Penguatkuasan PBT?
15) PEMERKASAAN PERPUSTAKAAN AWAM
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah semua jenis perpustakaan awam kerajaan dan senaraikan secara terperinci iaitu nama/lokasi/pihak yang mengurus/luas/bilangan buku rujukan dan bahasa di seluruh Negeri Selangor?
-
Apakah strategi, pelan dan polisi Kerajaan Negeri bagi memperkembangkan dan memodenisasikan perpustakaan agar budaya membaca, mengkaji dan menyelidik di kalangan awam lebih tinggi dan berkualiti?
16) MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN GRADUAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu siswazah di Negeri Selangor bagi mendapatkan pekerjaan?
-
Apakah program-program kerjaya yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri?
-
Berapakah jumlah permohonan siswazah yang berjaya mendapatkan pekerjaan melalui program kerjaya yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri?
17) PENYELENGGARAAN JALAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah panjang jalan yang diselenggarakan oleh Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk ketiga-tiga Kerajaan bagi menyelenggara jalan pada tahun 2016, 2017 dan 2018?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menangani masalah kerosakan jalan yang mengambil masa yang lama untuk dibaiki dan diselenggara?
18) DEWAN SERBAGUNA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah dewan orang ramai yang masih boleh digunakan dan tidak boleh digunakan?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri agar kerosakan yang berlaku tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang?
19) PROJEK PERTANIAN, NELAYAN DAN PENTERNAKAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah projek-projek pertanian, nelayan serta penternakan, lokasi dan kos yang telah dilaksanakan di dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang sejak tahun 2014 sehingga kini?
20) PROJEK NAIKTARAF JALAN B27
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Status permohonan progres naik taraf jalan B27 missing link
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor terhadap projek Naiktaraf Jalan B27 Fasa 2 yang kini mengalami kelewatan?