4) PERLANTIKAN AHLI MAJLIS

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Bertulis


  1. Apakah masalah menyebabkan pelantikan Ahli Majlis tertangguh?

  2. Apakah kuota Ahli Majlis yang diperuntukkan untuk badan NGO menjadi?

  3. Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk melantik Ahli Majlis yang profesional dan bukan dari ahli politik?

4) BELIA DAN SUKAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk pembangunan sukan di Selangor

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kuala Selangor boleh mendapatkan sebuah pusat akuatik renang yang boleh menjadi salah satu peluang dan bidang melatih melahirkan atlet renang bagi Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

4) KEPERLUAN KEPADA SEKOLAH AGAMA MENENGAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Ramai ibu bapa mahukan anak-anak mereka juga pelajar-pelajar berhasrat menyambung pengajian mereka ke Sekolah Menengah Agama, malangnya sekolah berkenaan tidak mencukupi. Setakat ini berapakah keperluan sekolah dan pelajar yang dapat disediakan di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi tambahan keperluan sekolahSekolah Agama Menengah di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Adakah pihak kerajaan menggalakkan pertumbuhan Sekolah-sekolah Agama Menengah swasta di bawah kawalan Kerajaan Negeri?

4) ANAK SYARIKAT NEGERI (GLC)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah peranan GLC dan strateginya dalam pembangunan ekonomi Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan mempunyai rancangan mengurangkan penglibatan GLC dalam sektor swasta?

  3. Senaraikan ADN & Ahli Parlimen yang memegang jawatan dalam GLC dan emolumennya.

    Klik jawapan »

4) SKIM BANTUAN TADIKA ÐTUNAS DAN SIKEMBAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan bantuan yuran tadika Tunas, bilangan penerima skim bantuan tersebut serta kawasan yang mereka tinggal?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukkan bantuan yuran taska SiKembar, bilangan penerima skim bantuan tersebut serta kawasan yang mereka tinggal?

    Klik jawapan »

4) PASAR PAGI DAN PASAR MALAM DI NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah pasar pagi dan pasar malam di Negeri Selangor yang menghadapi masalah serius dan sering diadu oleh penduduk-penduduk?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini?

    Klik jawapan »

4) SISTEM PENGUMPULAN AIR HUJAN (SPAH)

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak bangunan di kawasan Petaling Jaya lengkap dengan sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) mengikut “Guidelines For Installing Rainwater Collection And Utilization System” oleh KPKT?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana akreditasi dan audit dijalankan untuk memastikan SPAH benar-benar dipasang dan digunakan?

    Klik jawapan »

4) ANAK-ANAK SYARIKAT MEMATUHI PEKELILING PERBENDAHARAAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk kepada Usul 20 Tahun 2010 berkenaan urus tadbir anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor: Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap syarikat tahu dan melaksanakan Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bil. 9/1993, 10/1993, 11/1993 dan 12/1993?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan tiada syarikat membayar bonus tanpa mematuhi dasar yang ditetapkan mengikut PP Bil. 10/1993 dan pembayaran mesti mendapat kelulusan pihak Lembaga Pengarah dan Pihak Berkuasa Negeri (MMKN/EXCO)?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan syarikat lebih fokus kepada kos operasi syarikat dan tidak kepada perbelanjaan sosial dan perbelanjaan lain yang tidak berkaitan dengan operasi yang boleh menjejaskan keuntungan syarikat?

    Klik jawapan »

4) INFRASTRUKTUR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukan untuk menyelenggara jalan-jalan kampung di Negeri Selangor yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat sepanjang tahun 2008 mengikut pecahan daerah?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah jalan utama Parit 6 menuju ke Main Canal akan dinaiktaraf secara menyeluruh?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah Jalan Cross Bund 1 Parit 7 menuju ke Parit 8 yang rosak dan berlekakÐlekuk sepanjang kira-kira 1 kilometer akan diperbaiki untuk kemudahan para petani?

    Klik jawapan »

4) PERUMAHAN UNTUK SETINGGAN DI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan bilangan kampung setinggan di Selangor yang masih belum diselesaikan masalah perumahan mereka.

    Klik jawapan »