52) PEMBINAAN LOJI LANGAT 2
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan Loji Langat 2?
-
Senaraikan kelulusan-kelulusan yang telah dikeluarkan oleh PBT bagi tujuan pelaksanaan projek ini?
-
Apakah halangan-halangan untuk melaksanakan projek ini?
52) PERUNTUKAN INFRASTRUKTUR KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukkan yang telah diberikan bagi tujuan projek infrastruktur bagi kawasan Majlis Perbandaran Klang tahun 2011?
-
Senaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan.
52) RIZAB KEWANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rizab kewangan negeri terkini?
-
Apakah dasar, prinsip dan strategi negeri terhadap simpanan rizab tersebut?
52) KUOTA BUMIPUTRA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan setiap permohonan daripada pemaju perumahan untuk pelepasan kuota bumiputera. Sila beri nama projek, peratus kuota bumiputera untuk projek tersebut, bilangan rumah yang dipohon untuk perlepasan dan bilangan yang diluluskan.
-
Apakah kriteria untuk pelepasan kuota bumiputera?
52) KAKITANGAN AWAM KONTRAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan jumlah pegawai kontrak yang sedang berkhidmat di Negeri Selangor.
-
Apakah perancangan Kerajaan untuk menyerapkan mereka yang berkhidmat lebih 10 tahun ke jawatan tetap?
-
Apakah bantuan yang diberikan kepada mereka kerana tidak layak mendapat pinjaman perumahan daripada Kerajaan Negeri?
52) Peruntukan Marris Kepada PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Adakah pindaan kepada Garis Panduan Penggunaan Peruntukan MARRIS boleh dilakukan bagi memperluaskan penggunaan peruntukan untuk infrastruktur lain demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan perumahan.
52) GAJI MINIMA PEKERJA-PEKERJA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Tuntutan pekerja-pekerja mengenai gaji minima terus disuarakan oleh persatuan sekerja termasuk di Selangor. Sejauh manakah tuntutan memberi harapan kepada pekerja-pekerja?
-
Dengan taraf hidup di Selangor adalah tinggi, sebanyak mana kira-kira gaji minima yang sesuai bagi pekerja-pekerja di Selangor?
-
Adakah kerajaan Selangor mahu memberi gaji minima kepada pekerja-pekerjanya?
52) LANGKAH-LANGKAH PUBLISITI KERAJAAN NEGERI BAGI PROGRAM PEMBERDAYAAN DI BAWAH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan langkah-langkah publisiti Kerajaan Negeri terhadap program Selangor Advance, Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS), Selangor Procure, E-Kitchen.
52) PASUKAN TASK FORCE MPK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Pasukan Task Force pemantauan MPK tidak beroperasi sepenuhnya bagi memantau kerja-kerja pembuangan sampah, pembersihan longkang dan pemotongan rumput di Meru. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak MPK untuk mengatasinya?
-
Adakah kontraktor-kontraktor dilantik dibayar kos mereka walaupun tidak beroperasi dengan baik?
52) MESRA USIA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik pendaftaran Skim Mesra Usia Emas sehingga sekarang?
-
Apakah strategi yang ada pada Kerajaan Negeri untuk menggiatkan dan menggerakkan pendaftaran skim Mesra Usia Emas di seluruh Selangor?
-
Berapa banyak wang telah dibelanjakan/dibayar oleh kerajaan Selangor melalui program-program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor?
